Selasa, 11 Februari 2014

Mendesak

Bertubi-tubi ibu_suri meminta aku mengatakan 'iya' akan hasratnya mahu menjaga Marissa atau Qaisara atau kedua-duanya sekali pada hujung minggu. Dah letih dan tak tertepis dek aku. Itulah salah satu sikap ibu_suri yang aku tidak gemar sejak dari dulu lagi. Malah, sejak dia masih sihat. Suka mendesak.

Akhirnya, aku ini yang jenis malas nak bertekak dan tak suka didesak akhirnya mengalah dengan hati yang sengkak.

Sebenarnya aku kalau boleh tak mahu lagi renyah-renyah* menjaga budak kecil. Cukuplah zaman aku muda menjaga Along, Angah dan Akhmal. Pabila dah tua begini, aku mahu pencen dari serabut mendengar tangis budak atau kelam kabut membancuh susu.

Kononnya ibu_suri merasakan dia mampu menjaga anak kecil. Kononnya dia berhak menjaga cucunya ( yang aku tahu sebenarnya dia cemburu bilamana cucunya itu diberi kepada kakak iparnya oleh Angah untuk mengasuh bila mereka bekerja ). Walhal, dia sendiri perlu dibantu-urus oleh aku sendiri.

Tak tahulah apa akan jadi pada diriku jika benar akhirnya nanti Angah setuju untuk ibu_suri menjaga anak-anaknya. Hilanglah ketenangan aku di cuti hujung minggu. Hancurlah hasratku untuk rileks membuat kerja-kerja kegemaranku sebaliknya akan sibuk dan gelut dengan apa yang aku kira tiada beban batu digalas ini.


*renyah - kerja remeh-temeh

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berterus terang d pakat2 la dgn angah ..Jgn bebankan mental d fizikal IM..kadang2 isteri atau anak2 yg suka mendesak ,sekali sekala kn di beri ugutan juga..

Kamsiah yusoff berkata...

saya,diusia 43 tahun...mmg 'pencen' dari menguruskan anak2 kecil..ramai yg datang bertanya utk mengasuh anak mereka...
maaf...saya mahu 'bebas' dari ragam bayi..saya tak mahu hidup dalam tekanan (bila ada bayi semuanya kelam kabut)..percayalah..bila ada bayi dirumah...100% tumpuan terpaksa diberikan pada bayi..

Tanpa Nama berkata...

Pak IM, tak usahlah ikut sangat kehendak ibu suri. ..untuk kebaikan semua. Minta ajelah angah datang bawa anak anak bermain senentar dinhujung minggu...

Kakcik Seroja berkata...

Sesekali IM kena bertegas - untuk kebaikan semua pihak juga.

faizah berkata...

Ye. sy pun setuju dengan semua di atas.

Bearcat berkata...

Harapnya Angah ada membaca luahan hati IM ini dan memahami.

Bunda_nora berkata...

bunda pun dulu ramai jugak mengasuh anak2 jiran..masa tu anak2 masih bersekolah, bolih juga tolong tambah2 pendapatan...badan pun masih muda dan sihat...sekarang ni dah malas nak jaga ramai2...anak2 pun tak benarkan...itulah jer sorang bunda jaga , buat kawan masa sunyi...dah nak masuk 4 tahun dah..

JR berkata...

Sepatutnya bila anak2 dah besar, orang tua boleh "berbulan mandu", melayan minat mereka masing2, bukan melayan cucu setiap hari...Mungkin IM boleh berterus terang dengan Angah....

NzA berkata...

susah jugak tu IM...apa kata IM bersemuka dgn angah dan luahkan apa yang terbuku...mungkin angah dpt luahkan pula pada ibu suri....Sekadar pandangan saja...

Nor Azimah Ali berkata...

Saya jugak setuju, apakata IM bawak bincang dengan Angah, dah ibu-suri susah nak bawak bincang nak wat camane, dan pendapat saya secara peribadi mungkin Im terlampau mengalah kot, sebagi suami IM kena tau batas, sori kalau terguris hati..dan elokla cari buku tentang isteri2 solehah untuk dibaca oleh ibu-suri, mana tau kan dia berubah..InsyaAllah..

Cik Wawa berkata...

kesian IM kan... mgkn blh suruh angah bw dtg2 bermain d hujung mgu je ke... xpayahlah nk jaga... wpun sy ni blm bkahwin sy dpt rasakan y mnjaga budak ni memang penat kan... lebih2 lagi kalau masih bawah 4-5 tahun... u_u

insan marhaen berkata...

Memang rumit nak menangani perasaan seorang psikiatrik.

Lainlah kalau IM ini seorang yang sanggup bersikap keras terhadap kemahuan negatif ibu_suri.

Doktor pernah pesan pada IM supaya menjaga emosi ibu_suri dengan baik. jika emosi ibu_suri terus berkecamuk, maaf cakap... ibu-suri boleh bertukar seperti orang tidak siuman. Berjalan keliling pekan tanpa seirat benang di badan...