Rabu, 26 Mac 2014

JH

JH - baju hitam cermin mata

Aku dan Kak Maimon singgah jenguk JH dalam perjalanan balik kerja. Dah 2 hari JH cuti sakit.

"Hari Sabtu baru ni, masa nak bangun dari katil tiba-tiba saya rasa bilik berpusing. Katil semacam bangun berdiri depan mata," JH memulakan cerita bila aku tanya bagaimana dia boleh terjatuh.

"Along kebetulan balik dari kerja malam terus bawa ke klinik. Rupanya bp dan gula naik."

Terang JH lagi, bila doktor tanya ada tak berasa pandangan gelap ketika mula terjadi itu, JH angguk.

"Awak hampir di serang stroke," ulas doktor itu.

Gayat aku mendengar perkataan stroke itu. macam dekat saja dengan aku.

Hari Sabtu itu aku sebenarnya berada di Trengganu hadiri kenduri saudara ibu_suri. Hari Isnin sebelum Subuh baru sampai ke rumah. Siangnya, aku seharian uruskan perbaharui lesen memandu Akhmal kemudian ke LHDN, isi borang incometax. Aku lansung tak tahu apa yang dah berlaku pada JH walaupun rumah kami cuma bertemu dapur saja. Macammana pulak aku boleh tak tahu apa yang telah berlaku kepadanya?

Sebak rasa dadaku bila dapat tahu JH begitu hanya pada pagi Selasa otw pergi kerja. JH bukan sekadar sahabat malah lebih akrab dari itu. Dialah yang banyak ambil berat tentang susahpayah aku terutama masa-masa aku tertekan dalam menghadapi suasana haru biru tika ibu_suri baru di serang stroke

Alhamdulillah, nampaknya JH sedikit sihat. Aku akan selalu doakan kesejahteraanmu, sahabatku. Nampaknya, susuk badanmu sedikit susut.

7 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

takut mendengar perkataan stroke...

BungaTulip berkata...

saya pun gerun dengar stroke.. dulu xpernah ambil tahu, bila dah kena pada mak sendiri baru tahu betapa bahayanya stroke jika tak di beri rawatan segera.

mujur JH segera ke hospital..
semoga JH di beri kesihatan yang baik..

insan marhaen berkata...

kamsiah,
Dr Danial pernah beritahu dalam kuliah mingguannya di Gelanggang Budaya (setiap Ahad jam 3 petang ); jaga makan pagi. Stroke selalunya menyerang waktu pagi.

Bunga Tulip,
Mak IM, mak mertua, kakak ipar dan paling hampir, ibu_suri semuanya mengalami stroke. mak mertua dah pulih, mak IM lumpuh sebelah kiri, kakak ipar IM walaupun ok tapi karektor tak seperti asal. ibu_suri menghidap minor stroke di saraf otak hingga mengakibatkan gangguan emosi.

JR berkata...

Saya juga tersangat takut mendengar stroke, sungguh takut kerana dah ramai rakan yang usia lebih muda dah kena. Sebab itu saya sangat berhati2 dengan pemakanan dan sentiasa beriadah mengikut jadual.

sud@is berkata...

semoga kawan IM cepat sembuh dan cepat pulih semangat..dan kita juga perlu prihatin pada diri sendiri

insan marhaen berkata...

JR,
Yalah... IM pun takut juga. Nanti kalau dapat stroke, sapalah nak jaga kebajikan ibu_suri.

IM juga konsisten dengan riadah sekerap mungkin. uma bab makan ni la... sikt payah!

sud@is,
Ya lah... perihatin pada diri sendiri. Rutin pi medical checkup pun perlu. InsyaAllah, IM akan buat setahun sekali untuk buat perbandingan dulu dan terkini.

ANIM berkata...

stroke...
cukup seriau bila dengar perkataan stroke..
silent killer..tu yang bahaya..
alhamdulillah..mudah2an JH bertambah sembuh