Sabtu, 9 Ogos 2014

2 Minggu Tak lama...

Berlansung Majlis Keraian pada penerima MSS jam 4 petang tadi di bilik Mutiara 1. Ramai yang datang tapi tak ramai yang tampil berikan sepatah dua kata.

Kemudiannya, sedikit jamuan di kafetaria. Memang mesra dan saling meraikan. Bayangkanlah... setelah 30 tahun lebih aku makan gaji di RENESAS Semiconductor (M) Sdn Bhd ini persis satu kejutan bukan saja pada penerima MSS malah juga pada yang tidak menerima; tetiba akan kehilangan sebegitu ramai kawan-kawan lama dalam satu masa.

Blogger JH (baju putih/cokelat) selaku pengelola majlis

Aku diminta berikan ucapan

Jamuan... ramaikan!

Tapi aku masih ada 2 minggu lagi. Minggu depan aku akan clean up saki baki kerja. Minggu ke dua aku akan kemas barang-barang aku untuk di bawa balik. Segala sijil, nota, gambar dan format kerja akan aku salin ke cakera keras dan padamkan dari komputer di meja. 

2 minggu tak lama mana. Aku akan menjadi penganggur terhormat juga akhirnya...

4 ulasan:

NzA berkata...

setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan...

Bunda_nora berkata...

Selamat menempuh fasa baru dalam kehidupan...ramai lagi yang sama macam IM...

Tak apalah...boleh banyak berehat tanpa memikirkan kerja... di samping buat kerja rumah dan menjaga sepenuh masa ibu_suri.

Nor Azimah Ali berkata...

boleh tingkatkan amal ibadah...:)
mungkin selama keje kita tak sempat memperhalusi amal ibadah, sekarang Allah bagi peluang untuk lebih berintiman dengan DIA.

JR berkata...

Tak sabar nak tunggu catatan IM di blog ini mengenai pengalaman mengisi kehidupan di dunia persaraan....