Rabu, 27 Ogos 2014

Abang...

Paling teruja bila dapat khabar aku akan bersara awal tentunya ibu_suri. Bak kata orang Perak... nyerongin memanjang.

Kekadang fikir, elok lagi kalau aku bekerja. Boleh juga melepas diri dari kekangan duduk di rumah dan selalu mendengar 'lagu'...

"Abang... you buat apa? - bila saja aku tiada di depan matanya dan senyap

Abang... I nak mandi - walaupun aku pesan beberapa kali tunggu dulu bila hari agak siang bilamana cuaca agak hangat sedikit, air tidaklah terlalu sejuk. Maklumlah memandikan orang 'besar', sekali dengan aku nanti basah.

Abang... I nak teh ais la... boleh? - walaupun sebelum aku berkali-kali menasihati dan dia angguk supaya kurangkan minum ais dan bersusu namun dia tak tahan 'daulat' bila saja lalu di sisi kedai Masjid Kubang Semang.

Abang... Mai lah sini, sembang dengan I. Asyik-asyik ngadap komputer!

Abang... esok pi mana? Pi Sungai Petani, ok? Pi Kelantan, ok?

Abang... Asyik-asyik pi masjid, IKRAM.. aje. Duduklah rumah!

Abang... Esok tak usah pi usrah, boleh? Bukan selalu, sesekali je."

Memang, kalau tak tinggi tahap sabar, dah lama aku 'lari malam'..he..he.. Akan tetapi sebab aku selalu ingat akan akad aku semasa dinikahkan oleh Tok Kadi dulu, aku masih bertahan hingga ke hari ini.

Orang lain yang melihatnya bila kami diziarahi atau sekalipun mak abah bila kami zaiarahi mereka akan merasakan bahawa ibu_suri ok, sihat dan tidak ada apa masaalahnya namun mereka tidak tahu yang aku di rumah itulah yang berhempas pulas menjaga dia. Kalau dia tak ok, aku takkan bawa dia berjumpa dengan orang atau kalau ada orang nak datang ke rumah aku akan minta mereka datang lain kali saja.

Memang dugaan dari Tuhan untuk yang satu ini bukan kepalang mencabar. Aku pernah tulis semua cabaran itu ke dalam blog aku sebelum ini sekitar 2008 namun sayangnya aku telah delete semua entri itu kerana terlalu menyayat hati bila ulang baca. 

Sehingga hari ini dan mungkin sehingga akhir hayat salah satu dari kami berdua, aku akan terus berhadapan dengan kepayahan dan kekangan dari dapat menikamti hidup yang bebas. Aku tidak akan dapat berbuat apa saja yang aku suka sebaliknya terpaksa selalu melihat angin ibu_suri malah kekadang seperti jatuh taraf aku sebagai suami bila terpaksa meminta izin dari dia kalau mahu ke mana-mana. Dan jika dia tidak benarkan aku terpaksa telan bengkak di hati. Malah di masa yang lain aku terpaksa banyak mengalah bila bertembung citarasa kami yang hampir 100% berbeda.

Memang benar pesan orang bahawa jika suami mendapat isteri yang ala-ala queen control samada akan berlaku perpisahan atau akan ada permainan lain di belakang. Pesanku kepada yang bernama isteri: jagalah ego suami jika mahu rumah tangga kekal bahagia.

Namun buat masa ini aku masih tidak begitu dan selalu berdoa muga terus setia menjaga dia dengan penuh ikhlas, sabar dan cekal. Aku tahu, dia diciptakan untukku demi menguji tahap kekuatan sabarku. Aku percaya, menjaga dia dengan baik bagai selayaknya seorang isteri adalah peluang yang Dia berikan untuk akhirat yang baik.

Justeru itu, Tuhan.... berilah aku kekuatan, kelapangan dan kedamaian yang berterusan!

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga Allah SWT terus mengurniakan IM dengan kekuatan dan kesabaran...

TadiBear berkata...

Uncle,

apa yg kita ada sekarang ni, peluklah ia dgn sekuat-kuatnya. Jgn sampai terlepas. Kita smua tahu yg Auntie tak berapa ok dan tentu itu bukan kehendak Auntie. Sapalah yg nak sakitkan ? Saya TABIK kat Uncle. Allah telah mengurniakan Uncle sekeping hati yang sangat Rare. Jarang dapat jumpa orang macam Uncle yang penyabar dan amanah. Uncle sama perangai dengan mak saya, cuma yg bezanya mak saya yg sihat pun, "orang lari malam". Macam mana pulak la kalau mak saya dalam keadaan Auntie. Hmm... mungkin ayah saya 'tak perasan' kot yang mak dah jaga diri ayah sampai ke planet pluto. Atau mungkin rasa syukur tu tak pernah ada dalam diri ayah. Jadi Uncle janganlah 'lari malam'. Terhirih saya dengaq. Ya, cakap memang senang sebab tak kena batang hidung sendiri. Walaupun saya cuma anak, tapi impak dia teruk sangat dekat saya (mengalahkan orang yg kena )..sampailah sekarang. Saya takkan boleh lupa. Saya cuma boleh berdoa agar syurga itu milik Uncle. Maaf saya cakap banyak, saya cuma nak luah rasa saja...  

JR berkata...

1. "Malah di masa yang lain aku terpaksa banyak mengalah bila bertembung citarasa kami yang hampir 100% berbeda."
Agaknya hampir semua rumahtangga punya pengalaman yang sama dengan IM tak? Cuma kesabaran saja yang memisahkan sesetengah pasangan dari sesetengah pasangan lain yang rekod mereka tersimpan dalam daftar cerai..
2. Nak tanya IM sikit: adakah Ibu Suri pernah tahu kewujudan blog ini dan jika tahu, pernahkah dia membaca catatan IM? Elok juga jika dia sesekali membaca dan memahami perasaan insan yang paling menyintainya....

NzA berkata...

nasib IM sama dgn abah di kg...mama sy dah lebih 10 tahun lumpuh.pengidap penyakit kronik..mata tak nampak...hanya duduk berkurung dalam bilik...abah sayalah yang menguruskan segala2nya terutama makan minum....dan abah saya juga seorang penceramah bebas sejak bersara sgt sibuk dgn tugasan di luar. Cuma mungkin mama saya agakberdikari..masihmampu merangkak dan mengesot dalam kepayahan utk ke bilik air.....
Dan saya sangat kagum kerana abah saya begitu tabah dansabar..tidak pernahmerunggut dan menunujkkan kepenatannya....
Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat insan2 sebegini.....

insan marhaen berkata...

kakcik,

tk atas doa. yang sama juga ke atas kak cik.

tadibear,
insyaAllah, IM akan tetap setia menjaga ibu_suri. pasang surut semangat dan emosi itu biasalah pada seorang manusia marhaen...

JR,
syukur sebab ibu_suri tak tahu IM ada tulis blog. kalau dia tahu agaknya teruk IM kena pelengkong...

NZA,
ya.. sebenarnya bila kita sakit kita perlu seseorang menjaga kita dengan ikhlas dan penuh hati. justeru itu masa kita sihat dan pasangan kita sakit, kita jagalah dengan baik.

dunia ini bulat. mana tahu, ntah esok atau lusa kita pula yang sakit.