Selasa, 9 September 2014

Ustaz Mat Teh O


Selama ini aku cuma dengar namanya saja yang agak funny. Lepas Maghrib tadi barulah aku melihatnya dengan mata sendiri.

Selesai solat, diumum bahawa ada kuliah tentang Umrah. Otomatik, aku batalkan niat aku nak cunggit ke pekan Penanti untuk fotostat slip bank bayaran zakat dan beri pada Atan selaku wakil bagi pihak IKRAM. 

Terpaku juga mengikuti silibus Umrah ni. Dulu aku tak minat lansung nak dengar kuliah macam gini. Tapi ntah kenapa mutakhir ini hati aku terpaut. Rupanya tak semudah ABC..

2 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Ustaz ni suka minum teh O ya? :)

Apa2pun yang penting adalah ilmu yang boleh didapati...

radziah AR berkata...

selalu dengar nama ustaz mat teh o ni. juga cara penyampaiannya. cuma saya belum pernah mendengar ceramahnya lagi....terkenal dikalangan mrk yg mengikuti kursus haji...terkenal di kawasan kita ni.