Dari semalam ibu_suri tak renti-renti mengajak aku ke rumah mertua untuk menghantar rendang tok yang telah aku beli di RnR Gunung Semanggul 2 hari lepas. Beriya-iya mak meminta kami membeli kerana teringin. Sebelum itu dia inginkan kuih dangai, tapi masih tidak tertunai hasratnya itu.
Aku beritahu ibu_suri bahawa jika seseorang itu; apatah lagi ianya ibubapa kita sendiri... teringinkan sesuatu, elok segera kita tunaikan. Pertama - kita adalah anak yang istimewa dipilih oleh mak untuk membelikan sesuatu yang dia inginkan. Kedua - kita tidak tahu, mungkin inilah peluang terakhir kita dapat menyenangkan hati ibubapa kita.
Bapa mertua pula sering menyatakan harapannya supaya aku carikan Gel Amani yang dikatakan mujarab untuk meredakan sakit lutut. Susahnya nak dapatkan gel ini, rupanya. Tidak dijual di sebarang kedai. Jenuh bertanya di farmasi mahupun Watson. Akhirnya, aku hubungi pengedar Gel Amani itu sendiri melalui facebook... ada di Kompleks Bukit Jambul, katanya.
Mungkin, kalau benar ianya baik untuk sakit lutut bapa mertuaku, aku ingin gunakan juga kepada ibu_suri. Mutakhir ini ibu_suri selalu mengadu sakit lutut yang teramat bila berjalan jauh sikit. Aku tahu, antara punca sebenar ialah berat badannya yang semakin menaik tetapi sebagai jangka pendek, penggunaan ubat luaran mungkin membantu.
Aku percaya, berbuat baik kepada orang tua dan isteri amat dihargai oleh Allah. Walaupun kekadang wujud juga sungutan dan jemu di dalam hati namun aku cuba tepiskan. Ya... bukan mudah bagi seseorang yang terpaksa melalui tanggungjawap memikul beban seperti ini untuk bertahun-tahun.
Tak semudah mereka yang menyatakannya melalui selfi dan kemudiannya memuatnaik di facebook lalu berkongsi dengan friends tentang rasa simpati lalu minta didoakan dan memanjangkan perkongsian...
10 ulasan:
Salam IM..
InsyaAllah Allah akan membalas segala kebaikan abang..yakin dgn janji Allah apatah lg klu kita selalu menggembirakan hati org2 tersyg terutama isteri & ibu bapa (mertua sekali)...
Gel Amani mmg bagus utk sakit2 lutut bang..berkesan jg..sini ada jg yang guna utk mak ayah mrk..satu lg boleh cuba stoking Vken..cuba google kebaikannya:)
Sakit lutut memang sakit wajib mak & ayah kita...
Tapi sue rasa yang terbaik adalah berikan mak OSTEMATRIX (pil kalsium) & Advance joint health tablet(AJHT) untuk tambah cecair kat sendi lutut..insyAllah sangat membantu...kalau nak bole hubungi sue 016-7734749
Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com
Betapa berat mata yg memandang berat lagi bahu yg memikul Itulah yg IM ras sekarang. Kakak cuma boleh kata kuatnya IM.. tapi itulah Allah juga yg tahu.
Apa pun memang tak rugi berbuat baik pada org tua dan mereka yg memerlukan.
yan juga sakit lutut...mungkin betul juga kata im..faktor berat badan...kalau berjalan ok lagi..tapi bila naik tangga...aduhai macam nak tercabut lutut nie :-))
betul tu Abang IM, bukan mudah menjaga orang-orang sakit ni. moga Allah balas pengorbanan dengan syurga di sana nanti.
betul, kalau ada permintaan mereka, tunaikanlah tu.supaya kita sendiri tak tekilan nanti
Kuih dangai ada dijual kat pasar pg dan ptg di Guar Cempedak Kedah.
Kuih dangai ada dijual kat pasar pg dan ptg di Guar Cempedak Kedah.
Di Aloq Setaq ni mudah saja cari kuih dangai di pasar malam. Tentang sakit lutut, berdasarkan pengalaman saya ubat yg paling bagus ialah glocosamine, ubat ini boleh didapati di semua farmasi. Tapi kerana ia bukan drug, ia ubat berdasarkan herba kena bersabar sikit sebab perlukan antara 2-3 minggu lepas penggunaan baru penyakit hilang...
Betui kata IM, dipilih/terpilih untuk berbakti & terpilih untuk diuji...
Makchaq baru2 ni 2 kali terkilan... ingat nak pi melawat tapi dok tangguh.. dengaq2 dah x dah...sedihnya..
masha Allah IM, Allah hadirkan mereka semua kepada IM untuk beri peluang mudah untuk buat ibadah. saya ni dengan ketiga-tiga mereka (ibu bapa dan suami) jauh dari mata...huhu
Catat Ulasan