Jumaat, 5 Jun 2015

Kicap Takdak Ka, Bang!


Akhirnya, petang ini aku berjaya pujuk ibu_suri naik bersama aku ziarah abah di wad 302, Hospital Lam Wah Ee. 

Dah 2 hari dia teman aku menunggu abah tapi aku di atas sementara dia tinggal di dalam kereta di parkir.

Seronok abah bila melihat anaknya datang berjumpa dengan berkerusi roda.

"Wah.. wad abah macam bilik hotel.." ujar ibu_suri dengan wajah ceria.

Kebetulan sampai, masa untuk sarapan petang. Abah tak lalu makan banyak. Aku suap 2 sudu moi, dia dah tak mahu.

"Tak ada selera. Tawaq..." merujuk pada rasa moi. Ha.. ha.. Namanya pun makanan hospital.

Bila di 'offer' kat ibu_suri... apa lagi.. rezeki dia lah.

"Kicap tak ada ke, bang?"

Sekali lagi.. ha..ha.. Bertuahlah kalau hospital ni ada sediakan kicap...

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hehehe, dah terbiasa ni. Begitu dekatnya kicap dengan selera kita kan. Kat rumah saya pun ada bekalan kicap buatan utara, takdak juai kat sini.

SalbiahM berkata...

makan moi kena ada kicap baru sedap..lagipun memang hospital masakan dia tawar kan..huhu.semoga Abah mertua abang Jr cepat sembuh ya

Kamsiah yusoff berkata...

semoga abah lekas2 la dapat keluar dari spital ya..

mokja berkata...

semoga semua di beri Allah sihat kembali.Comel ibusuri minta kicap.

iryantyismail berkata...

:-)) ada2 aje ibu suri nie...yan pun kalau makan mesti nak kicap..baru sedap..tol tak ibu suri

makchaq berkata...

Makchaq masa jaga mak sakit kat hospital selalu jadi tukang perabih makanan..
Mesti tukang hidang heran tengok pesakit yg nampak macam tak larat, tapi makan lincin pinggan...orang katil sebelah semua makan tak habih..

Nor Azimah Ali berkata...

Moi tu apa im..mee hoon sup ke?

insan marhaen berkata...

Nor azimah,

Moi tu bubur nasi. Istilah oghang utagha...

ANIM berkata...

jauh juga hospital tu..
kat pulau sana ya..
mudah2an Allah mudahkan segala urusan IM dan adiik beradik ipar dalam menguruskan pak mertua..