Isnin, 1 Jun 2015

Marah

Entah kenapa di hujung hari ini, aku jadi marah.

Marah pada Akhmal yang tetap degil dengan membawa kawan-kawannya masuk ke rumah... masuk ke bilik. Teguran aku bak mencurah air di daun keladi.

Dan ibu_suri pula, sejak jam 5, lepas solat Asar suruh aku bawa dia jalan-jalan sampailah jam 8 malam. Balik... aku ingat nak tidur saja tapi habis Isyak, dia paksa aku bawa jalan-jalan lagi. Jalan tanpa tujuan. Aku tahu, dia jadi begitu sebab marahnya dah 2~3 hari tak dapat tengok cucunya.

Susah aku nak terangkan pada dia bahawa tak elok kalau selalu sangat pergi rumah menantu. Ibarat... jauh bau wangi, dekat bahu tahi, ujarku.

Tapi... bercakap dengan orang yang dikuasai emosi ini memang payah. Ada kalanya ibarat baling bola ke dinding. Melantun kena ke muka sendiri.

Mereka saja yang boleh marah. Boleh bebal. Marah aku?

Sebab itu aku nak tidur je sekarang. Aku tak mahu fikir banyak-banyak. Lantak deme ler.... aku nak lampiaskan semuanya pada bantal dan dengkur ku.

Muga bangun aku esok pagi badan kembali segar untuk solat Subuh di masjid.

Terasa ketat dan kelatnya hidup yang mau tidak mahu terpaksa juga menjaga insan OKU yang tidak stabil emosi...

11 ulasan:

JR berkata...

Bila membaca keluhan IM saya selalu rasa diri bertuah kerana sekurang-kurangnya masih berada bersama seorang isteri yg mentalnya masih stabil walaupun kekadang perubahan hormon menukar watak wanita sekali sekala. Apa pun semoga IM terus tabah hadapi ujian Allah....

aizamia3 berkata...

Saya suka end of story dalam entry ni, lepaskan marah dengan tidur.. itulah yang saya buat bila dirumah.. walaupun tak lega sepenuhnya tapi mampu mengurangkan rasa marah tu.

Bearcat berkata...

Ada sebabnya kita diuji sebegini. Mungkin Allah mahu tingkatkan lagi tahap kesabaran kita.

iryantyismail berkata...

catatan im kali ni memamg dapat rasa im betul2 bad mood..sabar banyak2 im

Nor Azimah Ali berkata...

saya hanya dapat menghulur simpati..sabar ye

banyakkan mengadu pada Allah,banyak, banyak, banyak..apa-apa saja, cakaplah apa saja, luahla apa saja, dengan penuh kerendahan hati...

Ibu n Abah berkata...

IM
Saya doakan agar IM diberi kekuatan dan ketabahan dlm menangani masalah ini. Tiada balasan yg plg diingini selain dari balasan yg akan ALLAH ganjari.
Kami mendoakan IM terus tabah.

Bunda_nora berkata...

Kalau bunda ditempat IM pun mesti ada perasaan yang sama...kedua2 nya begitu menekan sekali...

Tapi IM mesti bersabar...itu jer yang bunda dapat katakan..

insan marhaen berkata...

Tk semua atas nasihat dan doa. Masih ada 'bengkak' di hati ini sesikit.

Cuba rawati perlahan.

Saya ni jenis lambat marah. Bila marah, lambat sejuk....

insan marhaen berkata...

Tk semua atas nasihat dan doa. Masih ada 'bengkak' di hati ini sesikit.

Cuba rawati perlahan.

Saya ni jenis lambat marah. Bila marah, lambat sejuk....

makchaq berkata...

Makchaq simpati.... memang berat dugaan IM. Tambah berat bila seharian di rumah, dan tak dak sapa yg boleh bersembang..
Doa la banyak2.. doa tu senjata kita..tak payah habaq pun IM tentu dah tau kan..
Tulis la kat sini lepaskan perasaan..bila lepas walaupun x dak respon rasa lega sikit..

Yaya Azura berkata...

sedih saya baca catatan ni..walaupun saya sendiri ibu.
teringat kat ibu saya..semoga saya tak banyak membuat ibu memendam rasa..