Rabu, 29 Julai 2015

Tekanan Darah Dan Gula















Kelmarin, semasa bawa ibu_suri jalan-jalan di Bandar Perda, aku tiba-tiba teringin singgah di Farmasi Harmoni. Lama sangat dah aku bertangguh nak risik-risik harga. Kelmarin aku nekad.

Farmasis di situ pun begitu mesra pelanggan melayan setiap pertanyaan aku dan mengeluarkan alat-alat tersebut serta menerangkan setiap fungsinya. Aku pada mulanya sekadar nak bertanya harga dan kemudian membandingkan dengan kedai lain untuk dapatkan yang lebih murah. 

Dan, ingatkan nak beli satu jer tapi bila fikir lebih jauh, ah... beli dua-dua sekalilah. Harganya tiga ratus lebih. Pejam mata....

Semuanya sebab aku rasa sudah tiba masanya aku ada alatan ini di rumah. Senang untuk aku pantau kesihatan ibu_suri yang kekadang ada masanya doktor suruh periksa tekanan darah selang sehari bilamana masa temujanji dengan doktor di klinik, keputusan terutamanya tekanan darah ibu_suri tidak memuaskan. Jadi, daripada setiap awal pagi aku kena bawa ibu_suri ke klinik semata-mata untuk periksa, kini aku boleh buat di rumah sahaja.

Idea nak beli alatan ini timbul masa aku terlantar di hospital Raya baru ni lah. Bila setiap pagi dan petang doktor periksa tekanan darah dan gula, aku selalu bertanya akan keputusannya. Terasa begitu berguna segala data-data itu dalam memantau tahap kesihatan aku. Sejak hari itulah hati aku berbolak balik samada nak beli atau sayangkan duit....

Nah, sekarang timbul satu masalah lain pula. Mentang-mentanglah dah ada alatan ini di rumah, ibu_suri asyik minta periksa saja tekanan darah dia.

"Tekanan darah ok... boleh check selalu. Tapi nak periksa gula... tak boleh!"

"Kenapa pulak?"

"Hat tu, kalau nak check bawak mai RM5."

"Awatnya....?

"Strip dan jarum tu jenis pakai buang. Kalau habis kena beli...tau. Bukan murah pulak tu!"

Aku teringat semasa di Farmasi Harmoni hari tu, seorang pelanggan mau diperiksa gula dan tekanan darahnya. Kena bayar RM15...

5 ulasan:

iryantyismail berkata...

sejak abah yan sakit jantung...amat penting kedua dua benda ni dirumah...sekarang tambah satu lagi suntikan insulin pula....

macamana badan im sekarang....bawa2 berehat

insan marhaen berkata...

Rasanya beransur recover. Tak time juga rupanya...

Tanpa Nama berkata...

Sy hanya ada alat untuk cek BP tu je..

myliferia berkata...

Semoga ibu suri terus diberi kesihatan yang baik berpanjangan.

Jaga diri baik-baik tau :)

AMIIZAA@Mieja berkata...

bagusnya uncle dah ada alat-alat ni...jimat masa sikit boleh buat dekat rumah:)