Ahad, 26 Julai 2015

Udang Lipan


Aku dapat mesej dari anak saudara menjemput datang ke rumahnya di Taman Bertam Perdana kerana ada makan-makan. Selesai Maghrib, aku cepat-cepat ajak ibu_suri bersiap. Memang seharian ini pun aku tak kemana. Memerap saja di rumah. Kesian juga kat ibu_suri, tak keluar jalan-jalan. Badan aku rasanya belum pulih 100% lagi.

Suami kepada anak saudaraku - Liza ini sememangnya memiliki kedai makan di Kuala Muda. Jadi, malam tadi tetamu yang datang di jamu dengan mi kuah udang lipan. 

"Waduh... siang tadi kita makan mi. Malam ni mi lagi...." keluh aku pada ibu_suri.

Seronoknya bila aku hadir di majlis makan-makan saudara mara aku ni, aku boleh relaks sikit dari memberi tumpuan pada ibu_suri. Biarlah anak-anak saudara yang layan dia sementara aku bolehlah sembang santai dengan orang lain.

"Ayah.... nah mi kuah udang lipan" sua Liza dengan sepinggan penuh. 

"Hmmm... eloklah. Balik hospital aritu, 2 hari ayah asyik makan sup ketam konon nak bagi naik platelet darah. Pagi tadi ayah masak mi goreng campur sotong. Malam ni makan udang pulak... Mau naik pulak geraf kolestrol ayah ni...." ujarku sambil memerhati yang dikatakan udang tapi tak macam udang tu di dalam pinggan. Rasa geli pun ada sebab ini first time nak rasa  yang dikatakan udang lipan, kononnya sedap....

Hmm.... rasa macam ketam pun ada tapi isinya tak banyak. Bagi aku, tak adalah special manapun rasa udang lipan ni...

"Betul ke kata orang, kalau kena demam denggi elok makan ketam?" tanya Mudiana, isteri Bob yakni adik kepada Liza.

"Mungkin betul sebab masa ayah keluar wad, tahap platelet lebih kurang 55. Lepas 3 hari ayah pi klinik check darah, tahap platelet naik 280. Doktor kata ayah dah ok.... tak perlu check darah lagi..."

Ya tak ya.... Aku pun baru perasan. Seingat aku, keluar saja dari hospital, selain minta menantuku - Ayu buatkan sup ketam, aku juga amalkan minum 100 plus dan banyak minum air kosong.

Salah satu atau kesemuanya mungkin membantu kepada penambahan platelet darahku itu!

5 ulasan:

Bearcat berkata...

Sedaplah udang lipan. Masa kecik-kecik dulu selalu rebus dan makan isinya nyum nyum hehe.

Kakcik Seroja berkata...

Alhamdulillah. Bila dah sihat, kadangkala kita lupa kesakitan yang pernah kita rasa...

iryantyismail berkata...

alhamdulilah im dah bertambah sihat....udang lipan ni..jarang banyak isi..kalau yang besar sikit baru ada

Sue Bee berkata...

setakat ni blum penah jumpa mi udang lipan kat Sarawak..

Tanpa Nama berkata...

abang IM cuba masak udang lipan ni dengan chinese style. mesti sedap...