Isnin, 10 Ogos 2015

Anak


Along balik dari Kepong hari Sabtu lepas. Tumpang kawan serumahnya bawa desktop yang katanya nak diberi kepada sepupunya terletak selang 2~3 rumah saja dari rumah aku.

Malamnya aku sengaja ajak dia keluar makan di Restoran Makbul, Seberang Jaya. Aku rindu untuk menikmati semula aura kebersamaan dengan anak-anakku seperti zaman mereka masih kecil dulu.

Aku tahu, ibu_suri lebih mahu duduk saja makan saja di dalam kereta kerana berat badannya membuat dia sukar untuk ke restoran. Selesai aku belikan makanan untuk ibu_suri dan uruskan kemudahan untuk dia makan dan minum, aku duduk bersama Along memesan menu yang sama... sup ayam.

Berbual-bual tentang kehidupannya di Kepong dan tentang simpang siur aku menjaga ibu_suri. Juga kebimbangan aku tentang masa depan Akhmal.

Sempat juga aku nasihatkan dia tentang jodohnya, supaya dia berusaha menyimpan duit dari sekarang untuk masa tua dan menasihatkan dia supaya selalu menziarahi tok nek daan mak tok serta saudara mara lain bila sesekali balik.

Aku berasa seronok berbual dengan anakku yang sudah boleh aku anggap sebagai kawan dengan bahasa orang dewasa. Terasa rugi pula sebab ada anak 2 ni jer... Kalau ada ramai tentu lagi best...

8 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Anak adalah anugerah dan amanah. Bukan bilangan mereka yang penting tapi bagaimana kita menjaga anugerah dan amanah itu...

Nor Azimah Ali berkata...

Alhamdulillah....ada juga ank yg membahagiakan.

Tanpa Nama berkata...

secara jujurnya, saya sejak remaja sampai la sekarang tak pernah lepak makan/minum dengan ayah sendiri. bila tengok orang lain bersembang santai dengan ayah mereka, memang rasa cemburu.

saya pulak, jumpa setahun sekali (waktu raya). bercakap pun tak habis 10 patah perkataan. hmm...

mario berkata...

wah nmpk sedap sup ayam tu...bila berbual mesti tak sedar dah abis...
memang best klu dpt borak2 dengan ayahanda...

iryantyismail berkata...

sekurang kurangnya im ada anak..daripada yan yang hanya menumpang kasih anak tiri...

JR berkata...

Aruah ayah saya seorang yg sangat garang. Kami anak2 menganggap dia sebagai maharaja yg tidak boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Kalau bercakap dengan ayah, kami cuma bercakap cuma hal2 penting. Bila saya pula menjadi ayah, saya cuba menjadikan anak2 seperti rakan. Kalau saya salah anak2 berani menegur saya tak seperti aruah ayah saya kami anak2nya tak berani bersuara walaupun kami di pihak yg benar...

Ismail aka Pak Mail berkata...

Saudara IM,

Memang sukar untuk mendapat peluang sebegini. Saya juga punyai dua anak bujang. Mereka juga sibuk dengan urusan mereka. Hanya sesekali sahaja berpeluang bersembang ketika makan malam atau siang di rumah.

AtieYusof berkata...

Alhamdulillah ada juga anak bujang yg boleh diajak bersembang.. harap ikatan anak beranak makin utuh walaupun depa dah makin dewasa..