Pagi tadi hingga jam 3 petang aku bersama di program Qurban masjid. Aku yang tak punya kepakaran apapun ini cuma bawa sebilah pisau. Ingat cuma nak potong-potong daging saja selepas ianya dilapah.
Tahun ini masjid dapat buat qurban sebanyak 21 ekor lembu dengan 2 diantaranya adalah untuk kenduri aqiqah. Terfikir juga aku, ada banyak-banyak daging lembu ni nanti takkan habis semuanya dibedak kepada pemanggu dan orang ramai. Lebihan itu akan di beri kepada siapa?
Ingat nak balik dalam tengahari tapi bila melihatkan seorang demi seorang angkat punggung sedangkan lembu masih belum habis di lapah dan di potong untuk pembahagian, aku tunggu hingga selesai timbang.
Bila dah selesai timbang dan solat Zohor, kasihan pula melihat tinggal beberapa kerat ajk sahaja yang bertungkus lumus membersih dan mengemas dapur, tempat penyembelihan dan pinggan mangkuk habuan kenduri. Orang ramai memang dah surut balik ke rumah masing-masing.
Aku pun mengambil aleh mencuci cawan dan pinggan mangkuk. Naik lenguh pinggang dan kecut la tangan aku bermain air dan sabun. Tapi aku anggap ianya sebagai terapi.
Sebenarnya, badan aku masih terasa sakit... penangan mengurus qurban juga, yang aku hadiri 2 hari lalu yakni pagi hari raya di Permatang Janggus.
Dan seperti yang aku duga, memang ada puluhan bungkusan daging berlebihan di atas meja termasuk yang masih di masak di dapur masjid.
8 ulasan:
Alhamdulillah..walaupun penat banyak juga pahala yg dikutip pada hari itu...
Sayangnya andai daging itu akhirnya terbiar begitu sahaja...
Besarnya pahala dapat dikumpul. InsyaaAllah berkat berpanjangan
Aduhai sayangnya, sbb tu saya dan suami suka ez-qurban, buat kt kemboja, in shaa Allah kt sane tkde membazir
Andai diagihkan dengan sempurna pasti tak kan ada pembaziran.
Alhamdulillah banyak pahala yg IM peroleh dgn membantu urusan korban
banyaknya lembu korban.
pertama kali yan dengar 21 ekor ...
sebab tu kat masjid tempat saya ni pihak pengurusan nak 7 ekor je IM..tak nak banyak2 sebab takut tak cukup tenaga nak kerjakan. ramai boleh ambil bahagian dalam korban tapi tak sanggup nak hulur tenaga.
dekat kg murni kami yang buat korban akan menyiapkan sendr lembu korban kami.. contoh sekor 7 bahagian..jadi 7 orang tu akan sama2 bergotong royong melapah, memotong dan mengagihkan daging tu..tapi akan dibantu jg oleh org kg yang tak buat korban..dulu suami murni tak pandai nak buat semua tu..dah 7 tahun kahwin dan setiap tahun buat sndr..loni dia pon dah cekap..dulu mengadu penat, loni cakap seronok pulak..hihihi
Catat Ulasan