Aku baru saja balik dari pejabat peguam di Kampung Gajah untuk urusan mendapat geran rumah dan dokumen berkaitan dari Maybank. Rupanya tak mudah juga, walaupun tunggakan bayaran rumah dah selesai tapi untuk mendapatkan geran masih memerlukan khidmat guaman. Duit lagi la tu...
Aku berhutang beli rumah ini sedari anak aku tadika hinggalah dah berkahwin, baru merasa ianya milikku sendiri. Malah rumah aku pun daripada baru dan comel, mulai uzur dan memerlukan pembaikian.
Aku beli rumah teres ini dengan harga RM40k. Khabarnya, harga pasaran sekarang mencecah RM150k. Bezanya harga rumah dalam julat 25 tahun!
Setibanya aku di rumah, posmen pula sampai menghantar barang yang aku pesan di atas dari kawanku ini. Lama dah aku cari. Aku suka sangat dengan lagu yang menjadi tajuk album ini. Nanti, lepas solat Asar di masjid, bolehlah aku jalan-jalan sekejap mendengarkannya.
Si dia pun tengah bagus punya lena. Malam tadi dia tak berapa jerap tidur!
11 ulasan:
salams uncle
syioknyalah rumah dulu hanya berharga 40k.
rumah dekat area cyber suma dah cecah juta ringgit, nak nangis tgk...sian anak2 akan dtg...sasaran menjual rumah bukan utk org malaysia lagi kot, utk org luar....tu sebab harga dah jd jutaan ringgit
Murni dah dengar lagutu dlm youtube..pernah dengar lagu ni sebelum ni.. (ada kenangan manis ker dengan lagu tu IM?)
salam singgah sini :))
murahnya harga rumah dulu..25 tahun ? patutlah ada yang perlu dibaiki
Skg nak beli rumah kos rendah pun dah cecah puloh2ribu.Alhamdulillah sya tak pernah menghadapi masalah rumah sbb mewarisi rumah mertua...cuma sedikit modal utk renovate semula.
harga rumah sekarang tak masuk dek akal ...
Saya menyesal juga bila jual rumah di KL yg saya beli tahun 1989 tu. Masa tu harga rumah teres 4 bilik 22' x 80' yg dibeli tu cuma RM83,000. Tahun 2008 bila dah pindah ke Alor Setar dan kerana terdesak nak beli rumah baru yg lebih besar di Alor Setar, saya jual rumah di KL itu pada harga RM250,000. Baru-baru ni bila saya check harga rumah di kawasan itu nilainya dah mencecah RM500,000. Kalaulah saya sabar sikit....
Wow murahnya 40k je, sekarang ni mati hidup balik pun tak jumpa dah harga mcm tu
murahnya harga rumah dulu
Coba yang ini deh..
galeri fajar
galeri syifa
jual pembesar penis
capsul penggeli vagina
celana pembesar vakoou
alat pembesar penis vacum
arabian oil
black mamba oil
cialis 80mg
levitra 100mg
maximum powerful
africa black ant
obat prangsang potenzol
obat perangsang sex drop
obat pelangsing fruit plant
obat pelangsing fatloss
celana terapi hernia
obat perapat vagina
Catat Ulasan