Sabtu, 3 Oktober 2015

Bila Tiba-Tiba Emosinya Tidak Stabil


Kelmarin dan semalam, emosi ibu_suri amat tidak stabil. Menjerit-jerit walaupun jam 1 pagi. Suruh aku bawa dia berjalan-jalan sedangkan aku mengantuk dan bimbang tidak dapat memandu dengan baik.

Dia sendiri mengakui dia berasa hendak marah-marah tapi dia tidak tahu kenapa. Aku kata... menjeritlah. Keluarkan apa yang ada dalam dada.

Malam tadi semasa memandu pulang dari rumah mak, dia minta aku bawanya jalan-jalan... jangan balik lagi ke rumah. Dia suruh aku kunci pintu kereta ( aku masih ingat lagi bagaimana 2008 dulu dia pernah cuba membuka pintu Kancilku semasa masih dalam pemanduan di atas Jambatan Pulau Pinang. Mujur Along sempat menghalang...). Dada aku dup..dap..dup..dap... Aku kunci pintu kereta dan biarkan dia menjerit, menyanyi dan membebel. Bulu roma aku tegak berdiri...

Tapi... pagi ini bila dia bangun dan minta dimandikan, aku lihat wajahnya murung. Tidak ada senyuman keanak-anakan seperti mana selalu. Pun aku tak berani nak membuat lawak sepertimana selalu bila tiada ketawa di wajahnya. Aku tak dapat teka apa yang bergejolak di jiwanya.

Oh Tuhan... janganlah Engkau ulangi emosinya sepertimana ketika dia mengalami bi-polar disorder dulu. Amat ngeri dan menggegarkan jantung!

Bila dalam keadaan seperti ini, aku selalunya ikut sahaja kemahuan dia walaupun selalunya amat kontra dengan naluriku. Tidak ada yang lebih baik untuk aku perbuat melainkan sabar dan teguh jiwa. Seperti mahu sahaja aku menalipon klinik Psikitrik meminta nasihat...

8 ulasan:

mokja berkata...

semoga Im dan ibusuri di permudahkan urusan dan dalam perlindunganNya.Teringat cikson tak sabar dgn seorang ahli keluarga dan sekarang dia dah tiada.Sesal pun ada.

Kamsiah yusoff berkata...

saya berharap emosinya yg tak stabil tu tak berpanjangan...

Unknown berkata...

Insya Allah, saudara ada kekuatan.

iryantyismail berkata...

moga emosi ibu suri reda sedikit hari ini..sabar ye im...kesian ibu suri

saniahibrahim berkata...

Harap IM tabah walaupun tak semudah yg diucap ,hanya yg mngalami dapat merasai.

Bearcat berkata...

InsyaAllah IM dapat menanganinya :)

Wak Lat berkata...

bertabahlah.,

AtieYusof berkata...

InsyaAllah IM boleh tenangkan ibu Suri.. bersabar ya..