Seronok juga bila dapat berjualbeli entri dengan blogger ETUZA ini tentang kuih Kapal Terbang.
Sebenarnya dulu pun aku dah pernah membaca dan pautkan blog beliau ke sisi blog aku ini tapi bila aku rajin sangat tukar url kononnya nak elakkan dari beberapa orang pembaca yang aku rasa kurang senang dengan tindak tanduk mereka menyebarkan tulisan aku ke laman sosial lain tanpa izin hingga menjadi bahan sendaan di tempat kerja; aku tercicirkan blog beliau.
Akhir-akhir ini aku jumpa semula. Komen aku tentang entrinya Informasi Kuih Tradisional membuahkan kajian tentang variasi nama kuih Kapal Terbang mengikut negeri seperti yang beliau tulis dientri seterusnya Kuih Lidah, Maksud Kuih Kapal Terbang.
Memang benar... ibu_suri suka makan kuih ini. Selalu dia minta aku belikan seperti di sini dan di sini. Malah, semalam aje, aku baru belikan sebungkus biarpun terpaksa meredah hujan lebat. Habuan makan waktu petang.
Tapi aku taklah berapa gemar. Betul kata orang, citarasa suami dan isteri ini selalunya tak sama. Aku suka yang masin, ibu_suri pula suka yang manis dan pedas. Bila berlaku pertembungan citarasa, salah seorang kenalah mengalah. Agak agak... siapa?
Apapun, sesuatu yang menarik untuk aku baca pagi ini. Rajin kau buat research yer ETUZA. Cikgu la katakan!
10 ulasan:
Salam IM.. entry2 cikgu Etuza memang menarik.. kami senegeri..hihi..
dah lama follow beliau..
kat sini memang panggil kuih lidah.. hehe..suka jgk sy makan sbb rangup! :)
saya pun suka kuih kapal terbang ni tp sebelm makan ketuk2 buang gula dulu...tak suka terlalu manis..
Saya juga suka blog cikgu Etuza..
Tentang kuih kapalterbang, saya juga sukakannya, mungkin kerana jarang2 makan. Kelmarin saya beli sagon, satu lagi kuih tradisional yg semakin pupus di pasaran...
Org kampung kakak panggil kerepek lidah buaya:) kelakar bunyinya tapi memang sedap rangup:) Ada yg sira dgn sambal pun sedap juga. Kalau majlis kahwen kat JB ni kadang org letak atas meja makan sebagai kudapan. Kakak suka juga macam ibu_suri.
Saya pun suka tapi samalah dengan kamsiah tu buang sikit gulanya x tahan manis.Di IKS sini ada juga jual kuih ni yg bentuk kecil2 comel.Saya panggil kuih tiram ni.
Asalam..alamak entri jual beli di blog. Satu situasi yang begitu bermakna bagi Etuza. terasa ada kegembiraan mengenali blog Insan Marhaen ( harap tak salah eja lagi)..Subahanllah...
dalam link lagi. Terima kasih ya ..besar ertinya bagi Etuza.
sda linkkkan ya..kali pertama selepas aktif nak di bloglistkan tetapi boleh leka bila banyak sangat blog terbaik di udara maya. Ok tahnia jadi bloglist ya..
Mohn maaf jka ada kata2 menyinggung. Jujur pertama kali dengar Kuih kapal terbang. semuanya berlaku bila ada kuih lidah kuih yang sama di entri baru etuza...terima kasih ada ilmu perbualan kita ni ya Insan Marhaen
sda linkkkan ya..kali pertama selepas aktif nak di bloglistkan tetapi boleh leka bila banyak sangat blog terbaik di udara maya. Ok tahnia jadi bloglist ya..
Mohn maaf jka ada kata2 menyinggung. Jujur pertama kali dengar Kuih kapal terbang. semuanya berlaku bila ada kuih lidah kuih yang sama di entri baru etuza...terima kasih ada ilmu perbualan kita ni ya Insan Marhaen
Yan pun suka kueh ni im ;-))
Saya pn suka kerepek ni tapi xboleh mkn byk sbb manis.
Catat Ulasan