Aku cuba juga untuk mengawal cara pemakananku. Ini bila mula merasakan bahawa aku perlu cergas dan kekal sihat demi menjaga ibu_suri.
Sebenarnya kenapa ibu_suri tidak stabil emosinya adalah berpunca dari tekanan darahnya yang menaik. Sekarang ini aku setiap hari periksa tahapnya. Namun untuk dia mengubah cara makan dan beriadah memang susah. Jam ini kata ok, jam kemudian nanti tak mahu pula. Apapun, aku cuba. Bagi aku, tahap tekanan darah yang kritikal seperti sekarang ini, turun satu tahap pun dah lebih baik dari naik satu tahap.
Aku pun dah lama tak riadah. Lama sejak puasa dulu. Pagi semalam aku kuatkan azam untuk mula. Hari ini sakit kakilah jawapnya.
Sekejap lagi aku nak bersiap untuk ziarah mertua di Taman Buah Pala. Rutin aku yang tak lupa untuk ditunaikan demi tanggungjawap kepada mertua setiap Jumaat. Mertua pun persis mak abah kita juga. Perlu dijaga.
Esok lusa mungkin aku balik kampung di Ipoh, tengok mak pula. Itu tanggungjawap setiap bulan. Walaupun kosnya tinggi (tambang&hotel) namun aku cuba tunaikan selagi budgetnya ada.
Hurmm... layan klip video ini yang juga sempat aku kongsikan di fbku...
10 ulasan:
salams uncle
didoakan uncle dan aunty suri sentiasa dalam keadaan sihat dan dlm lindungannnya:)
Kakcik rasa tekanan darah kakcik pun dah mula naik semula sebab kepala dan belakang tengkuk rasa sakit dan tegang...
Murni doakan semoga IM dan Ibu Suri diberikan kemudahan dan kesihatan yang baik..InshaAllah..Aamiiin!!
Asalamualaikum im..salam jumaat...arap tekanan darah ibu suri stabil dan im juga diberi kesihatan yang baik2 ..amin
Salam Jumaat IM..
moga terus hendaknya..Ibu Suri pun sama moga tekanan darah tu sentiasa stabil..sesekali memang kena bersenam...:)
Yg dekat nak dijaga, yg jauh perlu dijenguk, yg duduk sama perlu perhatian. Hmmm... banyak yg nak digalas. Itu yg sendiri kena jaga kesihatan juga kan IM.
Kakak pun sejak ramadhan terus sampai hari ini baru beberapa kali aje jogging. Takut nak ke padang bila tak ramai yg pergi sebab jerebu.
Jaga kesihatan. Sihat jasmani dan rohani.
Memang betul IM kita perlu kekal sehat utk orglain.Mcm saya juga skg ni x brapa sehat tpi cekal kn hati demi anak2 dan suami tak mau meteka risau....
Moga dipermudahkan kan segala urusan dengan ke 2 orgtua.
Anak lelaki.....
Niatkan untuk mudah berbuat amal ibadah, moga Allah pandang.
Catat Ulasan