Jumaat, 6 November 2015

Liqa' Malam Tadi


Aku bertukar naqib (selepas ini dipanggil mutarrobi) untuk entah keberapa kali selama di dalam proses tarbiyahku melalui usrah (selepas ini dipanggil liqa'). Yang istimewanya, mutarrobiku kali ini ialah sahabat baikku sendiri. 

Lain juga rasanya. Kemesraan dan ukhuwah itu lebih hampir dan erat. 3 jam juga lamanya tapi terasa cepat masa berlalu.

Setidak-tidaknya, liqa' kali ini dapat menyemarakkan semula roh agama di dalam dadaku. Menguatkan semula tulang temulang ibadahku untuk tegak berdiri dengan sempurna.

Pendekata, malam ini aku seperti mendapat suntikan semangat baru. Semangat untuk terus perbaiki diri.

Lepas liqa', aku bawa ibu_suri jalan-jalan sempena mengambil hatinya yang sabar menunggu aku di rumah Angah hingga jauh malam.

Akhmal tidak ada di rumah. Dia ke Setiawan berjumpa emaknya atas urusan keluarga. Muga baik-baik saja dia di sana...

5 ulasan:

Wa berkata...

Alhamdulillah..moga IM dapat kekuatan untuk terus menjaga ibu-suri,,yang penting kesihatan sendiri pun kena jaga.

Kakzakie Purvit berkata...

Memang bila lama kelesuan bila ada yg baru buat kita refresh kembali. Semangat pun lain. Ibarat baru bangun tidur pagi sebaik mandi apa kita rasa macam itulah bila menghadiri majlis ilmu tak kiralah nak panggil apa pun - usrah, belajar, liqa' janji motifnya sama...

AtieYusof berkata...

Salam Jumaat IM..
moga2 IM terus kuat... seronok bila dikelilingi oleh insan2 berilmu agama ni.. alhamdulillah dalm liqa pasti byk ilmu yg boleh di perolehi dlm memperbaiki diri..

myliferia berkata...

Berganda-ganda kebaikan dan rahmat yang datang tanda kasih sayang Allah sentiasa mengiringi IM sekeluarga.

Etuza berkata...

Syukran alhamdulillah dalam lindunganNya