Isnin, 2 November 2015

Tatkala Bersendirian


Malam tadi, tumpang ibu_suri lena awal, aku keluar memandu ke Seberang Jaya. Singgah minum sambil makan roti bakar sambil 'menelaah' media sosial di talipon.

Aku perlu sesekali bersendirian begitu. Sepanjang hari, kebergantungan ibu_suri yang terlalu banyak dari aku buat aku rasa terkongkong dan terbeban. 

Aku sengaja memilih tempat duduk yang menghadap sekumpulan kumpulan mak nyah. Kuat sembang dan tawanya. Ada yang lawa, tak kurang juga yang menggeligelemankan bulu romaku.

Sambil hisap rokok, bercerita tentang kisah sesama mereka. Bahagian perbualan mereka yang masih kuat aku ingati ialah...

"Awat, you orang berdua pun bercinta ke? Mana boleh bercinta sesama lelaki.... Sorang dari hangpa kena jadi perempuanlah!"

Sesekali aku rasa beruntung sebab dapat menyelami sebahagiaan dari realiti kehidupan masyarakat seperti ini. Golongan remaja yang merempit, melihat remaja yang ditahan di lokap, yang sedang asyik khayal dengan picagari dadah di lengan, yang melerai motor curi dan melayan pelanggan lelaki oleh 'lelaki'.

Aku lihat sendiri semua kebejatan ini. Justeru itulah bila kerajaan membuat keputusan untuk meng'halal'kan vape kerana meraikan aspirasi anak muda, aku berasa teramat sedih. Pada aku, kerajaan tidak ada hati perut lansung. Tega melihat generasi depan yang rosak.

Aku keluar restoran ketika jam tawaf di tangan menunjuk angka 4 am. Memandu pulang sambil memutar cd lagu-lagu Kembara, terhimbau kenangan semasa masih remaja tahun 70an... Aku tak kenal semua ini. Masa itu, kampung aku masih bersih dari semua gejala negatif...

8 ulasan:

AtieYusof berkata...

Salam IM...
kadang memang kita perlu bersendirian.. kadang sy pun buat begitu..pasti ada sesuatu yg boleh disimpulkan dari cerita2 maknyah tu.. gejala sosial zaman ini amat menakutkan..tak sama mcm zaman2 sy jgk..

SalbiahM berkata...

kadang-kadang kita perlu bersendirian, walau macamana meriah pun hidup kita..

pelik kan, masalah sosial makin menjadi.entah di mana silapnya

Nor Azimah Ali berkata...

Bila Akhlak dan iman telah hilang dari dada, begitulah jadinya

Kakzakie Purvit berkata...

Itulah pentingnya dlm mengejar kemajuan negara kena seiringkan dgn agama
Kalau hal agama selalu dipinggirkan tak mustahil lebih bejat dari ini akan terjadi IM. Kakak ngeri melihat semua ini.. bimbang anak-cucu-cicit kita kelak..

iBu...gUru berkata...

Bersendirian sambil menanda kertas jawapan pt3... bosan teramat

iryantyismail berkata...

nauzubillah..moga mreka mendapat hidayah..insyallah..amin

Etuza berkata...

Asalam..ada masa kita perlu tenangkan hati. IM ketika ini Allah uji..mohonlah padaNya sekuat hati setabahnya hadapi dugaan..dapat rasakan tekanan IM itu. Mohon agar tidak gagal dalam memegang diri agar tak fikir sesuatu yag menambahkan masalah. Balik nanti ambillah masa ingat kebesaranNya ya. Perdulikan insan lain, bukan kita tidak mampu menasihati..namun biarlah Allah beri mereka kesedaran,InshaAllah

pB berkata...

perlu cari masa untuk diri kita sendiri ....