Aku ke sana tengahari tadi, jenguk dia. Bersih sedikit wajahnya berbanding sebelum ini.
Dia bertanya, kenapa tak datang tengok dia bulan lepas. Aku jawap, bukan aku tak mahu datang tengok cuma aku berasa amat berat.
Nak cerita semua pun dia bukannya akan faham hati seorang ayah. Inipun, aku datang atas desakan ibu_suri. Beberapa hari ibu_suri susah tidur kerana memikirkan dia.
Di sini, kamu merokok?
Tidak!
Boleh pun tinggal rokok...
Dia tersengih.
Macam mana duduk di sini?
Tak best. Ramai orang tua dan samseng belaka.
Aku bercakap semahunya. Terlihat mukanya merah dan airmata bergenang. Hatiku tidak pula ada rasa kasihan. Aku bertahan...
15 minit sahaja aku jumpa dia. Rasanya, duduk di ruang menunggu, menanti giliran berjumpa dia, lebih lama.
Sedih melihatkan ramai orang Islam di sini. Sedikit orang India dan Cina. Ada juga pendatang.
Tetapi lebih pilu bila mengenang nasib anakku yang seorang ini...
6 ulasan:
Tula ramai ank muda melayu yg ke 'dalam', salah siapa?
Moga suatu hari akhmal benar2 berubah
Berat rasa hati membaca, berat lagi bahu yang memikul. Mudah-mudahan pengelaman yang dirasai memberi keinsafan. Marilah kita doakan yang baik untuknya..
Semoga kali ini dia benar2 akan insaf dan akan berubah sepenuhnya sebaik keluar nanti...
Kita doakan.
Kita sebagai ayah dan ibu, sentiasalah doakan agar beliau boleh insaf dan kembali ke jalan yg benar. Mesti ada satu doa kita itu akan ALLAH kabulkan.
moga kali ini akhmal mndapat hidayah..dan memikir masa depannya..kerana ibu suri dan im semakin menginjak usia...sampai bila harus dibebani masalah...
itulah pengorbanan seorang ayah n ibu..tidak putus kasih sayang nya
.
Kasih sayang ayahibu takkan berubah walau siapa anaknya.
Catat Ulasan