Khamis, 21 Januari 2016

Sebuah Kek


Semalam, cucu sulongku - Dhiya Marissa, genap 4 tahun. Cepat masa berlalu.

Paling happy tentulah ibu_suri. Awal dia dah peringat aku belikan kek.

"Mana lilinnya?" soal Marissa bila kotak dibuka,  terpapar hanya kek dan sebilah 'pisau'.

"Tok ayah, kalau beli kek memang takada lilin!" ujarku. "Itu semua budaya Majusi"

Terkulat-kulat cucuku, hampa agaknya tak merasa tiup lilin.

Ajak menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu', tak mahu. nak lagu 'Happy Birthday' juga.

Yang ini, terpaksa jugalah aku ikut. Lagu paling popular di dunia malah dikatakan pernah dinyanyikan di bulan juga.

Berlainan dari adik, cucu yang ini, pasal posing bagi kat dia...


baca juga catatan terbaru blog SRI MERSING di sini...
http://keluarga-amri.blogspot.my/2016/01/al-manar.html

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak silap, sebaya dengan anak buah saya ni.

Kakzakie Purvit berkata...

Sanah helwa Dhiya Marissa:)
Tak payah lilin-lilin sayang. Betul kata tok ayah tu.

Budak belum faham IM kita kena bagi tahu. Comelnya cucu IM. Macam anak arab:)

Nor Azimah Ali berkata...

Yelah IM, comelnya marissa, matanya tu mengancam betul, semoga jadi cucu yg solehah, aminn

iryantyismail berkata...

comelnya cucu...macam anak mami...

moga marissa mbesar dengan sihat...dan terang hatonya menuntut ilmu