Sabtu, 30 April 2016

Mak Co


Tidur tadi aku bermimpikan Mak Co - satu-satunya mak saudara yang aku membesar dengan air susunya.

Mak Co adalah kakak ipar kepada abah. Tinggal tak jauh dari juga dari rumahku di kampung. Anaknya yang sulong - Jama adalah sebaya dengan aku dan kawan sepermainan yang akrab bersama Kulop dan Din. 

Mak Co lemah lembut orangnya. Asal dari Simpang Pulai. Aku selalu bermain dan tidur di rumahnya

Satu masa di bulan puasa, aku masih ingat. Aku pernah tertidur lama (kata mereka, aku pengsan) setelah balik dari mengambil kanji di masjid,

Semasa pemergiannya menemui Pencipta tatkala umurnya sekitar 75 tahun, Syawal tahun lepas, aku tak dapat pergi kerana masih kurang sihat akibat serangan Denggi. Tak boleh duduk lama jauh sekali untuk memandu.

Aku doakan muga beliau aman di 'sana'. Kenangan semasa kecil bersamanya sebenarnya dah banyak aku terlupa...

5 ulasan:

Mario berkata...

Al-fatihah...

hrusli61 berkata...

Mak Co mungkin banyak membentuk keperibadian Abu nampaknya. Semoga beliau aman di Sana. Al Fatihah.

hrusli61 berkata...

Alahyarham Mak Co mungkin banyak membentuk keperibadian Abu Nampak gayenye.
Semoga arwah sejahtera di sana. AlFatihah.

Kamsiah yusoff berkata...

sesekali ingatan datang..ketika kita bersama dgn org2 yg tersayang..adalah saat yg paling memilukan..

al fatihah..

makchaq berkata...

Ibu susuan IM la mak cor ni..
Semoga roh mak cor ditempatkan di kalangan orang2 beriman..