Isnin, 18 April 2016

Perjalanan

Beberapa hari ini, hati aku berasa kurang selesa. Tak tahu kenapa.

Selalunya, bila berkeadaan begini aku lebih banyak tidur atau memandu kereta sambil dengar lagu. Nak dengar lagu di rumah, ibu_suri tak benarkan. Bising katanya.

Atau aku berlamaan di masjid. Terutama di masjid yang aku singgah sewaktu perjalanan. Ada diantaranya amat mendamaikan...

Kekadang berfikir, kenapa hingga dah tua begini aku masih tidak dapat berehat dari menanggung pelbagai masaalah hidup tak berpenghujung.

Dulu, masa kerja, kerjalah salah satu beban. Sekarang dah tak kerja.... ada 2 lagi beban yang mau tidak mau, aku pikuli.

Kekadang terasa seperti aku ini menidakkan ketentuan Allah. Mengeluh dan mengeluh atas ujian daripadaNya. Aduhai...

Apa yang aku rancang samada sejak aku ambil keputusan untuk berhenti kerja mahupun yang aku rangka dalam diari semalam, tidak semuanya dapat aku laksanakan. Keresahan buat aku sesekali putus asa.

Tidak dapat berkongsi dengan sesiapa.

Masa-masa begini aku teringat pada mak. Mahu rasanya aku tinggalkan rumah ini. Duduk di kampung bersama mak. Rumah yang penuh sejarah.

Aku boleh buat begitu jika mahu tapi mereka yang berada di pundakku ini, nak di kemanakan...

Aku sayang pada keluargaku. Sedari mula berakad aku telah menanam azam akan mempertahankan 'masjid'  ini biar apa pun warnanya nanti.

Makanya..... aku masih perlu mengharungi semua ini. Berjalan seiring mereka di lorong penuh debu...

Mereka mungkin tidak tahu apa-apa dan mengharap aku memandunya...

8 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

semoga dgn mencatat coretan di blog ni boleh mengurangkan tekanan yg dialami...

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak tak mampu utk berkata apa cuma kakak memang kagum dgn kekentalan jiwa yg IM ada. Itulah istimewanya IM - Allah tahu pada siapa ujian ini mahu diberikan.

Nor Azimah Ali berkata...

Jgn putus asa dari rahmat Allah. .lebihkan masa ziarah mak di kampung tu, siapa tahu itu kuncinya...

Nor Azimah Ali berkata...

Jgn putus asa dari rahmat Allah. .lebihkan masa ziarah mak di kampung tu, siapa tahu itu kuncinya...

Unknown berkata...

doa dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan hati jangan dilupa

saniahibrahim berkata...

InsyaAllah satu hari nanti IM akan rasai ganjaran nikmatnya ujian ini.Allah Maha Penyayang .

kakrose berkata...

berdoalah..carilah puncanya.cari ustaz yang boleh membantu merungkai permasaalahan tuan..

Unknown berkata...

Jika tak mampu meluah dengan kata2,menulis juga satu luahan.Inilah kehidupan.Jangan pernah berhenti berdoa dan sebaik2 doa adalah kepadaNYA.