Bangun pagi ini aku merasakan satu kelainan perasaan. Bimbang... berasa tidak mahu lagi layan kemahuan pada sesetengah harta dunia,... perlu berubah dan perlu kembali ke pangkal jalan.
Aku bangun melihat sekeliling dalaman rumah. Semuanya hanya nikmat dunia yang sementara. Apa-apa yang dulu semasa bekerja aku langgan rasanya kini aku perlu berhentikan. Apa yang ada sahajalah aku hargai atau gunapakai. Tak perlu bermimpi yang baru.
Yang ada di sisiku sahajalah yang aku jaga. Tak perlu terlalu risau pada yang lain. Semuanya serah pada Allah.
Aku tak punya banyak waktu yang tinggal. Paling lama pun 20 tahun. Paling cepat.... Allah lebih mengetahui.
Masa yang ada perlu aku menafaatkan sebaiknya.
Badan pun dah mula rasa sakit-sakit dan tak berdaya. Mak dan abah adalah contoh terbaik yang dulunya kuat bekerja, sekarang tersadai sahaja di perbaringan...
Allahu Robbi!
4 ulasan:
Oo, nilah tadi kata nafsu tetiba kendur pagi ni
Oo, nilah tadi kata nafsu tetiba kendur pagi ni
Setuju..kita ni hidup dlm angan2..nk buat tu..nk buat ni..padahal umur dh 5siri..cuma saya suka pokok bunga..masih berangan byk pokok impian yg belum dimiliki..haha.payah nk tinggal hobi ke nusery, beli pasu d pokok bunga

Catat Ulasan