Isnin, 23 Mei 2016

Bila Kita Tak Larat


Petang tadi tugasan menghantar mertua ke klinik. Bacaan bp abah sederhana. Kaki kiri abah pun dah surut bengkaknya berbanding sebelum ini.

Terasa cepat benar 3 bulan. Macam baru 3 minggu. 3 bulan ke hadapan aku akan bawa semula abah ke sini. Ingat, nak minta doktor panjangnya julat lawatan ke 4 atau 5 bulan.

Bukan mudah nak urus orang tua yang tak larat berjalan, keras hati dan banyak ragam ini ke klinik. Sebab itulah... sorang demi seorang anaknya pelan-pelan ghuyup yangmana mana akhirnya akulah yang menyerah bahu memikul tanggungjawap ini.

Aku selalu dibebel oleh ibu_suri yang acapkali persoalkan kenapa hanya aku yang cuma menantu sahaja selalu menghantar abah ke klinik sedangkan anak-anak abah yang lagi 8 orang; punya kereta besar dan tinggal pula dekat dengan rumah abah seperti cuci tangan.

Jawap aku ringkas sahaja:

'Kalau mahu anak kita jaga kita bila kita tak larat nanti maka kita kena lebih dulu jaga mak abah kita sekarang ini.'

Namun dalam masa yang sama aku teringat... abah ada anak 9 orang sedangkan aku cuma 3...

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kuantiti tidak melambangkan kualiti...

Semoga segala perkara baik yang telah kita lakukan akan menjadi ikutan anak-anak nanti. In shaa Allah...

Kakzakie Purvit berkata...

Betul kata IM tu sebab anak-anak melihat apa yg kita buat
Tapi ibu_suri juga tahu IM banyak tanggunggan termasuk dirinya juga - dia kesian dgn suaminya (siapa tak sayang suami).

Semoga Allah juga meredhai dan IM ikhlas dlm setiap yg dilakukan.

Yaya Azura berkata...

InsyaAllah IM,
anak-anak melihat apa yg IM buat..InsyaAllah menjadi ikutan.
kalau tidak sekalipun, ganjarannya pasti di akhirat sana.
sama-sama berdoa..

AtieYusof berkata...

mudah2an Allah akan membalas segala kebaikan IM pada keluarga..amin...
besar pengorbanan tu sbg menantu, sedangkan anak sendiri menjauh..

saniahibrahim berkata...

Apa yang IM lalui pernah suami saya lalui situasi yang sama bertanggungjawab sepenuhnya untuk makayah nya juga mak saya juga,padahal ramai adek beradek lain yang lepas tangan je.Mudah2an anak2 kami dapat mencontohi ayah nya.

Unknown berkata...

saya ada terbaca kisah seorang bapa yang tidak putus-putus menghadiahkan al-fatihah untuk anaknya yang nakal. Dengan izin Allah dan berkat kesungguhan si bapa mengayuh doa, Allah makbulkan doa si bapa pada waktu yang sangat tepat. Allah Maha Mengetahui, kita kena percaya pada kuasa Dia =)