Hari ini, aku sibuk sikit. Pagi lagi aku dah bangun... mandikan ibu_suri dan kemas rumah.
Nasib tak baik, ibu_suri buat hal pula. Terpaksa pula mop lantai pintu masuk rumah, bilik dan dapur. Kemudian mandikan ibu_suri... (selalunya, itulah cara instinja' yang meyakinkan buat ibu_suri bila dalam keadaan begini).
Jam 10, bergegas ke Masjid Taman Guar Perahu, tak jauh dari rumah. Anak ke 3 sahabat juga jiran belakang rumah Rusli adakan khutbah (akadnikah). Aku hanya tukang sibuk jer...
Dah lama tak melihat emak Rusli. Susut dan berubah wajahnya. Hampir aku tak kenal.
Selesai majlis khutbah, aku ke Tadika Amal Rintis, mengambil cucuku - Marissa dan hantar balik ke rumah.
Selesai sembahyang Jumaat, aku kemaskan halaman rumah dan juga dapur sambil membasuh kain baju yang berlungguk walaupun penghuninya cuma 3 orang.
Tercungap juga aku yang tenaga ligatnya dah semakin perlahan.
Sekejap lagi nak ke rumah mertua di Taman Buah Pala,Penang. Keluarga ibu_suri khabarnya akan adakan majlis harijadi untuk mak.
10.30 malam terpakssa ambil Along di Stesyen Keratpi Bukir Mertajam (khabarnya perkhidmatan Ekspress Rakyat baru saja ditamatkan..)
Sebelum tidur, aku perlu lihat dan susun senarai lagu nasyid untuk majlis walimah Rusli esok. Aku dan seorang lagi sahabat kami, Isa ditugaskan mengendali sesi DJ Corner. Aku cuma susun lagu jer... tak retilah berheboh.
Ahad, ada kenduri seorang lagi sahabat... Baharom. Tapi ada satu lagi tugasan baru, bawa mertua ke Mesyuarat Agong Koperasi Melayu. Hat ni, tak fikir lagi macam mana nak susun...
Kepada sahabatku Rusli, selamat menerima menantu ke 2.
6 ulasan:
Hari2 yang sibuk ya.
IM bizi macam YB nampaknya
Semua majlis kena hadir..
Sebab sihat tiada alasan tak dpt hadhir...
Jzkk, terima kasih dan thanks very much untuk Abuya IM.
Cadangan untuk urus Islamic DJ satu cadangan yang baik sekali.
Rancak betul perjalanan hidup IM
Tak ada peluang nak mengelamun ada aje tugasan menanti.
Kakak yg baca yg letih..
Salam IM.. harap IM dan ibu suri sihat shj...
nampak bebenor busy nya tu.. apa pun moga dipermudahkan semua urusan seharian...
huhh..padat dgn aktiviti kemasyarakatan..
Catat Ulasan