Sewaktu balik kampung semalam, berlaku bunyi sekali sekala yang kurang senang di dengar dari bahagian enjin kereta. Aku agak mungkin dari sistem pendinginhawa.
Bawa ke Perodua Seberang Jaya untuk pemeriksaan petang tadi, Kata mekanik, tidak dapat kesan punca bunyi tersebut. Mereka cadangkan tukar tali pinggang masa kerana dah mencecah 70000km.
Setahu aku tahap maksima perlu tukar ialah 100000km. Takapa... aku tangguh dulu sehingga bunyi kurang senang itu benar-benar tidak menyenangkan perut aku.
Berlainan dengan ibu_suri. Fobianya terlebih. Hinggakan terbit bunyi tin minuman bergegar tepi gear auto juga membuat dia menyuruh aku menutup sahaja punat pendinginhawa.
Dah 3 hari berturut-turut hujan di tempat aku ini. Masa hujan beginilah pulak aircond nak meragam... getus hatiku.
Walau apapun, malam ini ibu_suri asyik bernyanyi dan sekali sekali menjerit dalam kereta hingga aku terpaksa menyempitkan lubang telinga. Hepi satu macam pula dia...
Beriya-iya nak makan nasi gulai sembilang panas-panas kat tepi lebuhraya pekan Kulim. Aku layan jer.
Malam ni, aku memandu sambil dengar lagu Iwan Fals pemberian dari kawan Indoesiaku. Aku suka dengar lagu-lagu beliau yang kritis terhadap kebejatan politik semasa...
Coretan Dinding/Iwan Fals: https://www.youtube.com/watch?v=vsCji9Q5daM
3 ulasan:
Kakak ingatakan apalah tadi sebab dah selalu sebut timing-belt kan.
Melihat ibu-suri gembira IM pun turut gembira kan:)
Yalah IM ,rupanya timing belt.
Baguslah ceria hati ibu Suri .
heheh best bersama lagu lagu iwan fals
Catat Ulasan