Malu juga rasanya nak tulis hal ini. Maklumlah, punya banyak masa dalam setahun, last minute macam ni baru le teringat nak ganti...
Rasanya selama aku boleh dah berpuasa, tahun lepaslah first time aku ponteng. Masa tu dekatttt sangat dah nak raya. Aku rasa letih satu macam. Sat badan panas. Sat rasa sejuk.
Bila pi check ke klinik, aku di suruh makan ubat dan pergi hospital keesokan harinya. Fikir punya fikir, aku makan juga ubat tu walaupun jam dah 4 petang. Takut juga bila dengar citer bahaya denggi ni.
Esoknya aku talipon Angah minta suruh bawakan ke hospital. Orang lain sibuk beriktikaf kat masjid untuk solat sunat Raya, aku tercegat di lobi hospital.
Memang berat nak ganti puasa ni rupanya. Tangguh punya tangguh. Bukan banyak, sehari je pun. Nasib baiklah Tuhan tak jadikan aku perempuan.
Kekadang terbit rasa sesal, membatalkan puasa dulu. Tunggu je lah 2~3 jam lagi baru makan ubat, apalah salahnya...
4 ulasan:
Sebab tu kena ganti awal2, dlm bln syawal ke..
sehari tu yang payah bebenor kan?
samalah dengan yan ...nak ganti liat.....godaannya lebih hebat ..,huhu
Itulah hikmahnya kenapa Allah jadikan perempuan itu nampak tak kuat tapi sebenarnya kuat. Kalau setakat puasa sunat syawal, isnin/khamis dan apa juga puasa sunat mudah aje buat kami:)
Nasib baik jadi lelaki ye IM hihi...
Catat Ulasan