Ntah kenapa hari ini aku asyik nak marah-marah saja.
Dekat Akhmal tadi pun aku membebel sebab macam senang senang je ambil kipas angin dari dalam bilik dan bawa keluar rumah untuk bersama kawannya main karom. Kemudian bila dah selesai, bukannya nak letak semula di bilik sepertimana dia ambil tadi.
Lepas main, dia minta duit pula. Nak keluar, katanya.
'Kamu ni... tak tahulah ayah macamana nanti jika ditakdirkan ayah dah 'tak ada'...'
Terhadap ibu_suri juga aku naik 'hangin' tadi. Isu nak beli cadar baru tu dah berminggu-minggu dia ulang ulang di telinga aku. Nak cadar design sama macam yang ada sekarang sedangkan ianya tak pun aku jumpa di kedai yang aku singgah.
Semasa aku singgah di bazar Ramadhan beli juadah makanan, aku belikan untuk 3 orang. Bila saja masuk ke dalam kereta baru dia beritahu Akhmal mungkin tak balik makan berbuka.
'Tadi abang tanya dia puasa tak, you kata dia 'mungkin' puasa. Jadi abang belilah untuk kita ber3. Sekarang, kalau dia tak balik makan... sapa nak makan banyak banyak ni?'
Kalau setakat kami ber2, moi yang diambil dari masjid dan beberapa ketul kuih tepung talam sudah memadai untuk berbuka.
Menggerutu aku sepanjang pemanduan. Itupun sebenarnya, tak keluar habis dari dalam dada. Aku kepung sebahagiaanya kerana aku tahu tak baik untuk marah marah di bulan puasa ni. Lagipun dia dah dalam keadaan kesihatan yang begitu... tak salah dia juga.
Dan lagipun, dia adalah istriku yang diamanahkan oleh Allah supaya dijaga sebaiknya. Bukan sebagai punching bag untuk melepas kemarahan yang tak tentu punca...
Astaghfirullahhil azim!
Apapun, ketat juga rasa dada ini menahan sebahagian dari marah yang tak dikeluarkan...
9 ulasan:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Laillahhaillaanta Subhanakainnikuntuminazzolimin....
membaca coretan IM teringat pada arwah ayah
macam tu lah agaknya ayah..dalam dada macam-macam yang bersarang..
semoga dipermudahkan semuanya IM..
Semoga dipermudahkan, IM.
Kadang-kadang,amarah memang tak dapat ditahan. Tapi kalau dilepaskan takut penyesalan tak berkesudahan.
Saya tabik IM.
Dari dulu hingga sekarang. Tetap sabar dan setia.
Akhmal masih tak berubah ke? Ermmm..bykkan doa di bln berkat ni yea IM. Urut dada, istigfar bebanyak.
Akhmal masih tak berubah ke? Ermmm..bykkan doa di bln berkat ni yea IM. Urut dada, istigfar bebanyak.
agaknya itulah yg bersarang dalam kepala mak akak tak dpt diluahkan..jadilah pemarah..lama2 jadi pendiam dan lupa semuanya..
redha dan tabah IM..dugaan dri Allah untuk insan yg sabar dan tabah..
kita insan lemah...ada kalanya cool dan ada hari kita moody....
Moga dipermudahkan urusan IM ..terutama dlm hal2 menjaga Ibu suri..moga ada hikmah nantinya..
mgkin sedikit lega bila di keluarkan skit rasa tu..
Salam Nuzul Quran Im.. :)
Catat Ulasan