Rabu, 1 Jun 2016

Rindu Usrah


Entah kenapa, sejak semalam dan bangun Subuh tadi, aku teringat kepada usrah. Agak lama ianya pasif.

Terasa roh persaudaraan semakin menjauh dari sahabat yang dulu seperjuangan. Tidak lagi merasai keindahan berjaulah bersama. Bermesyuarat bersama apatah lagi beraktiviti.

Tidak salahkan mereka. Aku sendiri yang menarik brek spontan bila saja Allah uji dengan ahmar yang menyerang ibu_suri secara tiba-tiba. 

Tatkala itu aku berasa dunia amat kosong dan hening. Terasa amat kesaorangan dalam berhadapan dengan situasi yang tak pernah terlintas di benakku sebelum itu.

Hinggalah sekarang ini aku sebenarnya masih berasa terkontang kanting sendirian. Sahabat dahulu terus memacu ke hadapan sedangkan aku rasanya seperti mundur ke belakang.

Aku sanjungi Ustaz Rozee yang bertanggungjawap menarik aku kembali ke bilik bilik usrah sebaik saja dia melihat (mungkin) aku sudah reda sedikit dengan gemuruh permasaalahan hidup.

Aku berharap dapat akan kembali berusrah selepas Ramadhan nanti. Lujnah Tarbiyah aku harap dapat melihat aku yang malu tapi rindu ini.

5 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak rasa masih boleh lagi kalau tempatnya berdekatan dan ibu_suri di rumah ditinggalkan tak sampai sehari-suntuk.

Hsna Rahman berkata...

sama la..lama dah xattend usrah..dulu kumpul ramai2 dgn kwn2 buat usrah..bila semua sibuk ngan family masing2 usrah pun xjalan

AtieYusof berkata...

Mudah2n dapat menjalani rutin usrah semula IM.. Ramadhan menjelang boleh dijadikan medan..
byk kebaikan bila pergi usrah ni :)

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Bunda_nora berkata...

Walaupun tak sampai kaki menginjak, namun hati yang terdetik ikhlas pun Allah maha mengetahui itu...

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.