Sebelum semalam, aku menghantar abah mertua ke hospital untuk pemeriksaan ultrasound ginjal. Ramai pulak kat sana. Menunggu parkir kosong teramatlah lama. Kesian abah menunggu. Sabar sahaja dia...
Apa rumusan pemeriksaan itu, tidaklah aku tahu. Tulisan staff yang memeriksan di borang... macam cacing. Tak reti lah aku membacanya.
Tapi biasalah abah... bila ditanya:
'Buah pinggang abah ok jer... Cuma doktor kata tak boleh minum ayaq banyak-banyak... Alaa... buah pinggang dah tua...'
Setelah selesai urusan abah, aku balik semula ke rumah dengan ibu_suri. Tak menunggu hingga malam seperti selalunya. Letih menguruskan majlis pertunangan anak Matun aritu masih belum habis.
Semalam pula, aku hadiri majlis walimah anak sepupuku - Lina di Kampung Setul bersebelah Mydin. Lebih kurang setengah jam memandu dari rumah. Agak setengah hari juga aku bersama mereka samada di rumah kenduri maupun di homestay mereka di Taman Pauh Jaya.
Diusia begini dah tiba giliran aku untuk selalu meraikan jemputan yang datang. Tidak boleh lagi seperti dulu. Selalu mengatakan sibuk dengan kerja atau urusan anak isteri sebagai alasan untuk tidak hadir.
Untungnya, sepupu-sepupuku semua amat menghormati aku sebagai saudara yang tua. Aku juga menghormati mereka. Segala kisah kelabu semasa kami masih anak-anak kami lupakan. Itu semua telah berlalu...
Muga Allah ampunkan semua dosa-dosa kami yang telah lalu. Sementelah Ramadhan pun tak lama lagi!
4 ulasan:
selamat menyambut bulan ramadhan =)
selamat berpuasa utk IM sekeluarga
Selamat menyambut ramdhan IM..
Salam Ramadhan IM..
moga ayah mertua sihat2 shj hendaknya..
alhamdulillah saling menghormati sesama ahli keluarga.. :)
Catat Ulasan