Sabtu, 29 Oktober 2016

Error

Bila aku belek belek catatan lama dalam blog aku ni, aku geleng kepala sendiri...

Terlalu banyak spelling error.

Memang tidak selesa menulis melalui talipon ini. Dah lah skrin yang kecil, keypad juga sempit.

Nak minta laptop dari anak anak terasa tak mahu lagi mengganggu dan menyusahkan mereka.

Nyaris nyaris aku malas menulis lagi.

Namun dek kerana menulis sahaja antara aktiviti yang tinggal disamping mendengar lagu yang mana semua ini adalah antara penawar dan penguat semangatku dalam perjalanan mengakhiri sisa hidup yang hening dan kesaorangan ini.

Semasa aku membersihkan ibu_suri di bilik air aku berfikir...

'tak sepatutnya aku merungut atas apa yang terjadi ke atas diriku.

aku masih beruntung kerana masih punyai istri yang menjadi peneman walaupun sedikit membebankan.

jikalah ditakdirkan sidia tiada lagi bersamaku, aku berkemungkinan akan tinggal sahaja di kampung... di rumah yang pernah membesarkan aku.

biarlah hayatku bersemadi di sana...

di sisi mak, abah dan adik adikku...'

Maaf... jika tulisan ini dan seterusnya masih ada spelling error.

Seperti jugalah kehidupan laluku... yang errornya takkan dapat diperbetulkan semula...

9 ulasan:

G berkata...

Salam...

Wooo bro.... look forward bro. Mana yg boleh diperbaiki biakan. MANA boleh di maintan. .. teruskan...Jangan cuba nak jadi hero.. dlm dunia ni. Cuba mana yg boleh untuk hidup di dalam dunia jadi orang yg baik..menjaga isteri dan diri.. Dan keluarga. ..Dan sesiapa yg perlukan bantuan yg mampu di berikan.

Setakat mampu.
Jgn di keluh dan mengeluh
.
DAN setiap kali selepas sm hyg dan bila lapang... berdoa utk diri..isteri... Kluarga. . Muslimin dan Muslimat. ..Dan juga umat manusia lain yg ada di dunia ini tak kira apa bangsa dan agama. minta kesejahteraan dan keamanan ... negara dan dunia...
MINTA diri dapat dibuka hati kepada yg benar dapat melihat jauh dlm sesuatu perkara.. merenung dan insaf. .
DAN juga doa utk segala kehidupan berkongsi dunia alam....


Dan kepada Allah swt juga kita berserah..


Anak anak... kalau dia tak boleh ubah dan menjaga diri... doa aja lah yg terbaik. Semua dah besar. .


Wasalam

Warisan Petani berkata...

Semoga dipermudahkan.
Kena ada sebuah komputer untuk memudahkan kita menulis.

Nor Azimah Ali berkata...

Saya pun blogging guna hp je, rasa lbh mudah bila dh biasa, kt mana2 bole menulis.

insan marhaen berkata...

Terima kasih atas nasihat.

Itu memang benar. Cuma kekadang saya sedikit depression...

Etuza berkata...

Asalam..mohon maaf di blog saya juga ya..selalu dah saya dikritik..mohon maafkan saya ya

G berkata...

Salam Bro. .bila resah tertekan dan stress... ambil air sembahyang buat sunat taubat dan sunat 2 rakaat. Psatu capai AlQuran baca sebaris dua.. Dan panjangkan ke sekolah juz..
AMALKAN baca ayat surah al mulk setiap malam.
Ajak isteri baca bersama...
BUKA bacaan alquran kalau lewat malam.
OH juga baca lah surah al baqarah.. Semua syaitan dan benda juga akan lari pergi. IANYA memberi ketenangan.
InsyAllah. Dgn baca AlQuran hati ug gundah akan tenang..yg sakit akan reda ..yg perit akan sejuk..yg gusar akan hilang. ibu suri punya mood nak menjerit pun akan perlahan lahan hilang. KALAU kita beramal pada alQuran. .. makalau kita yakin yakni ia akan menyembuhkan melindungi...


Wasalam.
There are no depression in Islam atau AlQuran. .. bacalah AlQuran. .Setiap hari...mulakan 2 3 ayat.

Bearcat berkata...

IM, saya rasa tak best berblogging menggunakan hp. Tapi bila keinginan itu datang saya gagahi juga menaip dari hp hihihi.

AtieYusof berkata...

Mudah2an ada rezeki baru buat IM dpt laptop baru..boleh lah menulis dgn selesa... apa pun moga kita semua sentiasa bersyukur ya IM.. sama2 perbaiki apa yg patut selagi hayat dikandung badan.. :)

pB berkata...

Dah lama pB taak update blog