Boleh dikatakan setiap kedai makan yang aku singgah membeli nasi bungkus telah maklum.
Dan akubpun dah tak ada rasa malu nak mengakui bahawa aku dan ibu_suri makan di dalam kereta kerana ibu_suri tidak upaya keluar berjalan ke meja makan kedai. Satu lagi kerana hampir kesemua meja makan adalah plastik yang dibimbangi tidak mampu menampung berat badan ibu_suri.
Jadinya, kereta kecil aku ini dah jadi macam caravan. Serba serbi ada. Pinggan, sudu, mangkuk, tisu, tuala kecil.
Hinggakan dalaman kereta aku dah kotor semacam ada anak kecil layaknya.
Dah beberapa kali ibu_suri terk*nc*ng hinggakan beberapa hari baru hilang baunya.
Justeru itu kalau ada orang lain nak tumpang berjalan aku terpaksa tolak.
Tempat duduk belakang memang penuh dengan beg, tuala kecil yang tersidai serta bungkusan nasi dan air yang tergantung.
Dalam dashboard memang penuh dengan cd dan kaset habuan halwa telinga tika memandu.
Adalah 'wajib' aku bawa ibu_suri berjalan jalan 2X sehari... siang dan malam.
Sebab itu nama aje aku dah tak bekerja tapi servis kereta 2 kali dalam 3 bulan itu dah macam masa aku bekerja dulu.
Kalau nak dibandingkan kilometer kereta aku lebih banyak dari kereta anak aku walaupun bezanya hampir 2 tahun.
12 ulasan:
Hahaha.
Kereta kecik jadi caravan.
From:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my
Selagi ada waktu, kita pasrah dengan apa yang harus dilalu...
Nak cerita,
Semasa hidup,pasangan rasa sengsara. Ada saja sengketa. Tapi bila telah tiada,terbayang2 pula.
Kenapa tidak kata... yahooo ,aku merdeka
Itulah namanya kasih sayang seadanya. Susah senang ditanggung bersama.
Moga2 kehidupan kita berkeluarga kita susah senang bersama. Jadi pedoman anak cucu kita.
Senang bersama,susah pun bersama.Mati pula terkenang jua.
Takpelah kereta dah jadi rumah kedua.. sabar ja IM.. :)
Sembur febreeze la IM supaya hilang bau.
Sembur febreeze la IM supaya hilang bau.
Salam
Sabar melatih diri dan menguji tahap kekuatan iman.
Semua ini dugaan hidup. Semua ini membersihkan dosa aras dunia.. peluang utk bro meraih pahala yg tinggi bonus nya.
Tak payah pening pening kepala.
Rajin rajin berselawat. Bertasbih. Dan mengaji ..
Inshallah tenang lah nanti. Muncul lah kekuatan dalaman selepas beramal ..
Teringat satu artikel yang pernah saya baca.
Tajuknya ialah Kasih Sayang Bila Sudah Tua dan Mulai Sakit Sakit...
Saya tak biasa guna febreeze di rumah.
Biarkan bau tu hilang sendiri. Lagipun pewangi kereta Glade kan ada...
Betul.
Kekadang saya merasakan yang saya lebih kental mwnghadapi semua ini.
Kalau orang lain... belum tentu boleh bertahan...
Tabik kat IM.
Bagus. Semoga kuat di dalam menangani ujian .
Catat Ulasan