Sabtu, 1 Oktober 2016

Lepas




Tiba-tiba saja bila aku balik dari berJumaat semalam, Akhmal dah ada di pintu rumah.

"Macam mana kamu boleh balik ni?" tanya aku tanpa senyum.

"Dah setel dengan balai," jawabnya lalu menyentak engkor motor berlalu pergi.

Terpinga-pinga juga aku dibuatnya. Takkan semudah itu IPD melepaskan dia. 

Paling gembira mestilah ibu_suri. Sejak dia tahu Akhmal ditahan, memang emosi ibu_suri cukup down. Makan pun tak lalu walaupun aku offer KFC.

Sepanjang hari aku merasa tak sedap hati. Aku ambil keputusan untuk menyemak sendiri status penahanan Akhmal ini di IPD.

Lepas Isyak semalam, aku terus ke pekan Kepala Batas. Letih juga aku nak menjawap soalan bertubi-tubi dari ibu_suri yang penuh dengan kenapa dan mengapa aku ke sana.

Dalam balai (bahagian Narkotik) penuh dengan polis dan pesalah bergari. Baik polis dan pesalah, kebanyakkannya India. Ada juga polis berbangsa Cina dan mungkin Sabahan/Serawakian.

Kebanyakan polis kat dalam ini berpakaian preman. Dah tak boleh bezakan samada polis atau pesalah kalau tidak melihat dengan lebih dekat.

Beriya-iya polis India itu menceritakan proses pendakwaan, ujian makmal dan penahanan yang bagaimana kepada aku. 

Aku angguk sahaja walaupun sebenarnya sedikit sahaja penerangan sudah boleh memahamkan aku kenapa Akhmal dilepaskan buat sementara waktu sehingga keputusan air kencingnya di hantar oleh makmal hospital.

Pendekkata, Akhmal dilepaskan mungkin sebulan, 2 bulan atau 3 bulan barulah akan diajukan ke mahkamah.

Itu proses biasa yang memang aku dah faham kerana kes Akhmal ditahan polis samada kes curi motor atau terkini positif urin dah entah ke berapa kali aku alami.

Maka, ketenangan aku pada Khamis lalu berkocak semula...

5 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

salam 1 muharram utk IM sekeluarga..semoga kledatangan th baru ni memberi lbh klebahagiaan..

AtieYusof berkata...

Salam maal hijrah buat IM & family.. moga ada sinar keinsafan di hati akhmal..

Tanpa Nama berkata...

Maafkan lagi IM,
Mungkin ada eloknya dia balik ke rumah ibu nya.

Mungkin lebih serasi.

Saya harap akmal tak payah lah berkahwin dan ada anak. Takut anak anak jadi anak terbiar dan terikut sama dengan akhlaknya.

Maafkan ya..

Tanpa Nama berkata...

Kerana akhlaknya tidak dapat membezakan yang Haram dan yang benar... itu sudah cukup mengelaskan kewarasannya.
Kadang kadang mereka yg ada masalah adhd ke asperger ke atau borderline autism mereka tidak dapat berubah sampai bila bila.

Terutama yang asasnya sangat lemah dan tidak stabil

insan marhaen berkata...

Tanpa Nama,

tkasih. ada benarnya...