Jumaat, 11 November 2016

Laptop

Semenjak kehilangan laptop bebaru ini, keghairahan untuk menulis jadi tumpul.

Menggunakan talipon yang terbatas keselesaan menaip dan menyemak hasil tulisan bikin aku tawar hati.

Tapi aku tahu, aku tak boleh biarkan minat menulis aku mati begitu saja.

Aku harap akan dapat membeli sebuah netbook yang baru. Tak mahulah mengharapkan ihsan dari anak anak terutama Along.

Untuk catatan... Along hadiahkan aku 2 laptop sementara 1 laptop aku beli sempena 50 tahun pengeluaran KWSP.

Sayangnya, kesemuanya itu hilang kecurian.

Memang frust...

Tapi aku tak mahu fikir itu. Kalau dah ditakdirkan Allah nak hilang... boleh buat macam mana.

Cuma kali ini usahakan untuk menjaganya...

Nak tunggu Along balik Krismas ni lambat sangat la pulak. Nak beli sendiri... tak berapa pandai.

Lagipun ada anak  yang  memang tahu hal hal komputer, why not memanafaatkannya... ya tak!

8 ulasan:

Murni Alysa berkata...

Semoga dipermudahkan segala urusan IM..dah ada laptop baru syok laa menulis..

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik lebih suka menulis di desktop. Dah lama betul tak guna laptop...

Unknown berkata...

Sama juga dengan saya. Lebih suka update entry di dalam laptop berbanding telefon bimbit =)

makchaq berkata...

Beli desktop IM. Org pun kurang berminat nak curi sebab nak angkut susah.. nak jual pun susah..
Klu laptop anytime boleh masuk beg org x perasan & high demand nak jual

Kamsiah yusoff berkata...

Alhamdulillah..saya dah dapat pc baru..anak yg belikan..
saya tak berapa suka guna lapttp..

AtieYusof berkata...

Moga ada rezeki utk beli laptop baru nti ya IM.. guna laptop mmg best berbanding hanya guna HP...
**apa khabar IM & Ibu suri?? :)

TukangKebun berkata...

Saya pun tak berapa selesa nak menulis gunakan handphone.
Mata pun jadi cepat penat.

Warisan Petani berkata...

Semoga dipermudahkan urusan untuk mendapatkan lt baru.