Sabtu, 31 Disember 2016

Azam

Semasa memandu ke kedai makan Nasi Malam kat Pongsu Seribu, ibu_suri sempat bertanya...

'Apa azam baru abang?'

Hah.... aku memang geli geleman bila ada orang bertanya pasal azam baru setiapkali menjelang tahun baru. Tak tahu kenapa...

Aku hanya menjawap...tak tahu.

Memang aku tak simpan azam pun. Sejak pencen ni, hasrat aku cuma nak menghabiskan sisa waktu yang ada dengan menjaga apa yang ada di sekelilingku, menambahbaik amal, menziarahi mereka yang lebih tua dari aku dan menjaga kesihatanku.

'I nak jadi isteri yang solehah...' ujar ibu_suri.

Aku hanya ukir senyum tawar. Pada aku, itu adalah ucapan yang biasa. 

Sudah 56 tahun aku hidup. Dah tahu sangat ragam sesetengah manusia. Hanya cantik di atas kertas. Namun bila waktu berlalu dengan pelbagai dugaan melanda, azam cuma tinggal nama. 

Macam aku juga...

Aku teringat mak yang tua dan hanya boleh mengesut di kampung. Kini aku semakin faham isihati, nasihat dan sikap diam mereka bila melihat sesuatu tindakan aku yang mungkin tidak selari dengan penelitian mereka dahulu.

Sekarang aku juga bersikap begitu terhadap anak dan istriku...

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Diam kita adalah diam yang memendam...

Apa guna berkata-kata jika tidak didengari sesiapa... :(

Nor Azimah Ali berkata...

Salam tahun baru, pelik juga knp ramai org tk simpan azam utk tahun baru islam.
Saya pun malas nk simpan azam.

indai igat berkata...

Selamat tahun baru uncle.. Semoga semuanya baik2 saja bust uncle sekeluarga.. U inspired me a lot

Warisan Petani berkata...

Selamat tahun baru 2017.
Semoga segalanya dipermudahkan.

SalbiahM berkata...

tak apalah, tackle one challenge at a time...hari-hari pun boleh buat azam, tak payah tunggu tahun baru