Sabtu, 7 Januari 2017

Maafkan Aku

Semalam, aku pergi ke Digi Seberang Jaya untuk semak status nombor aku yang taliponnya diambil Akhmal sejak seminggu.

Terkejut aku bila staf Digi memberitahu, bilnya mencecah RM100+. Sedangkan aku baru saja ambil pakej internet RM30 dengan 100 minit panggilan percuma dua minggu sebelum itu. 

Budak ni dah lebeh...

Bila melihat aku mengeluh dan tak senyum sebaik saja masuk ke kereta, ibu_suri mula bertanya...

'Awat?'

Aku cuma diam. Susah nak cakap apa-apa. Aku aleh ke tajuk lain...

'Nak makan kat mana?'

Namun hati tak boleh hindar dari menggerutu, kesal, jauh hati dan bla... bla...

Termenung aku memikirkan nasib diri ini. Tak henti-henti dirudung permasaalahan yang panjang. Yang sesekali fikir... seperti tak berkesudahan.

Anak yang sulong sahaja yang boleh dikira berdikari dan jarang membebankan. Yang ke dua apatah lagi yang ketiga, masih bergantung malah meresahkan dada.

Isteri pula tidak dapat aku jadikan tempat berkongsi perasaan gundah. Malah sebaliknya, menambah resah.

Aku imbau dosa-dosa dan kesilapan masa lalu aku. Apakah tidak ada ruang untuk Tuhan mengampun semua itu? Apakah tidak ada peluang untuk aku menebusnya?

Sesekali fikir, aku ingin bersendirian sahaja. Membawa diri... menyemadi diri di masjid sepanjang waktu dan melakukan kerja sendiri yang aku gemari dan membahagiakan orang lain tanpa mereka ketahui.

Rumahku seperti bukannya Syurgaku. Tuhan...Maafkan aku!

10 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Semua itu ujian Allah.
Allah nak lihat bagaimana kita mengharunginya.

Kamsiah yusoff berkata...

Allahhuarabbi..hanya kesabaran yg masih tersisa menjadi bekal Im utk harungi semua ni

Nor Azimah Ali berkata...

Tak boleh blok ke no tu, jadi dia tk boleh guna dah

Adam berkata...

Asalnya cerita tuan pergi ke Digi Seberang Jaya untuk semak status nombor talipon tuan.

Tapi kenapa tuan sesekali fikir ingin bersendirian. Membawa diri... menyemadi diri di masjid sepanjang waktu, melakukan kerja sendiri yang tuan gemari.

Macam mana boleh ke situ. Tolong cerita sika sebabnya. Mungkin pembaca nak tau.

Adam berkata...

Macam mana boleh ke situ. Tolong cerita sikit sebabnya. Mungkin pembaca nak tau.

Adam berkata...

Gaya tulisan tuan insan marhain menarik.
Boleh jadi penulis ni.
Cuba2lah fikirkan.

Adam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Adam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Adam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Salam bro... ujian diberi kepada org yg mampu mengadapnya... walau kita rasa tak mampu.. Allah lebih tahu.. berisgtifar dan berdoa... ngaji...banyak banyak..