Rabu, 11 Januari 2017

Tak

Berkali-kali ibu_suri menyuruh aku membeli talipon baru bila setiapkali aku merungut kerana tidak boleh meneruskan promosi jualan cd aku di fb. Tidak boleh menalipon adik beradik, kawan, hospital atau koperasi kerana ketiadaan nombor talian.

'Tak...!' jawapku sambil menggeleng kepala.

'Tunggu dia balik dulu... tengok macammana.' dengan maksud merujuk kepada Akhmal yang 'melarikan' talipon pintar aku dah seminggu lebih.

'Lambat laun dia akan balik juga. Macam burung bangau.' sambil mengaleh pandangan ke arah burung bangau yang melata maupun berterbangan di sawah padi di tepi Jalan Permatang Nibong ini. Aku tak pasti samada ibu_suri faham maksud aku hubungkait bangau dan dengan kerbau seperti yang tertera dalam puisi Melayu.

Walaupun baru seminggu lebih aku ketiadaan talipon pintar, rasa macam setahun kesunyian ini. Serba tak menjadi dibuatnya. Nak menalipon, nak melihat wassup, nak melayari internet... semuanya tak kesampaian.

Nak beli baru, bukan sahaja soal modal tapi juga takut kejadian 'hilang' talipon seperti masa masa lalu akan berulang kerana aku lihat Akhmal masih tidak berubah sikap dan hatibudinya walaupun dah mencecah usia 24 tahun ini.

Biarlah di kesementaran ini aku menggunakan talipon 'cap ayam' dengan no talian yang baru; yang cuma menyimpan no talipon Angah dan Along sahaja.

Terasa amat serik!

3 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Tunggu 'ikan pulang ke lubuk' lah ni.

Kakzakie Purvit berkata...

Kesiannyaaa...
Mak-ayah yg ada anak macam Akhmal memang besar ujiannya.

Tanpa Nama berkata...

Ada kala kena megamuk juga baru org sekeliling gentar dengan berang kita..tp mampu kah kita?

kenapa la bila kita semakin tua..makin lemah dgn anak2..walau kelaku mereka meyakitkan hati, kita rela memilih berdiam diri utk mengelak pertengkaran..