Selasa, 16 Mei 2017

Pelupa

Sekarang ini aku kerap terlupa rakaat dalam sembahyang. Ini menyebabkan aku selalu terpaksa melakukan sujud sahwi.

Lebih parah, setelah melangkau beberapa waktu sembahyang, baru perasan sujud sahwi pada sembahyang yang sebelum sebelum ini pun aku terlupa buat. Maknanya, dahlah ragu-ragu dalam rakaat sembahyang; sujud sahwi yang sepatutnya dibuat bagi menampung keterlupaan itu pun terlupa dibuat.

Huu... Teruknya!

Bimbang juga kalau kalau ini tanda tanda awal aku akan menghidapi Alzheimer ( nak sebut pun tak berapa reti... ).

Teringat kisah orang tua yang tak tahu jalan balik ke rumah sendiri setelah pergi berjalan-jalan. Akhirnya tersadai di balai polis atau di masjid setelah dikutip oleh orang yang bersimpati.

Baru berumur 57, bukannya 90 atau 100 tahun. 

Kagum pabila melihatkan Prof Ungku Aziz, Tun Dr Mahathir dan TG Nik Abdul Aziz yang bukan sahaja tak nampak sikap pelupa atau nyanyuk tapi sebaliknya boleh berpidato dengan baik, boleh bergerak ke sana ke mari dengan sempurna malah masih boleh mengeluarkan idea yang bernas.

Muga Allah jauhkan aku dari sifat pelupa yang kronik. Aku masih ada tanggungjawap yang perlu dipikul. Bukan sebaliknya orang lain terpaksa bertanggungjawap terhadap aku yang sudah mula terlupa jalan balik...

5 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

IM..jgn terlupa ibu suri dah la..:)

insan marhaen berkata...

IsyaAllah... akan saya jaga dia hingga akhir hayat.

Warisan Petani berkata...

Salah satu petua : kena kerap/sentiasa membaca Al-Quran.
In syaa Allah.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun sebentar td buka pintu kabinet buku..terpikir2 nk amik apa?..baru tersedar nk amik selimut dlm almari....nk tidor..lupa lagi

Umialya berkata...

Usia saya belum separuh abadpun lupa sokmo..