Pagi ini pergi kerja dengan hati yang agak tenang. Jalan Permatang Nibong pula terasa lapang. Tak banyak kereta seperti selalunya.
Sepanjang pemanduan aku teringat ibu_suri yang tinggal di rumah... sendirian. Selalunya dia hanya memerap di dalam bilik. Mengharap aku balik segera.
Tapi di ofis terasa jam lambat sangat berputar. Hari terasa panjang. Bos pula silih berganti pelanggan datang berjumpa. Aku sedikit rimas.
Aku teringat Akhmal. Dah sebulan tak nampak batang hidungnya.
Tapi sebenarnya aku dah tukar semua kunci pintu depan dan belakang rumah. Terpaksa buat begitu bila setiap kali dia balik dan aku tiada, ada sahaja barang berharga di rumah yang hilang. Laptop, scanner, wang tunai, tong gas malah geran motor dia pun hilang dari fail.
Mau tak mau aku terpaksa akur akan saranan Along dan Angah supaya tukar kunci pintu kepada yang baru.
Sejak aku takada laptop, mood menulis pun tumpul.
Entahlah... Aku harap Allah akan pelihara Akhmal. Dia dah memasuki umur 24 tahun. Bukan kecil anak lagi dah.
Khabar paling baru yang bertiup ke telinga aku ialah semakin banyak berhutang dengan kawan kawannya. Paling sedih, dia terjebak dengan perjudian.
Fengan cerita cerita negatif tentang pergaduhan, pertikaman malah pembunuhan oleh generasi sekarang... aku terus bimbang.
Namun kebimbangan ini terpaksa aku tidak kongsikan dengan ibu_suri. Simpan sendiri...
7 ulasan:
Allahu..sabarlah ye IM.
Banyakkan berdoa,mudah mudahan anak akan berubah menjadi lebih baik.
YA Allah..semoga naka itu diberi hidayahNYA..
Salam... maaf le dgn komen saya. Kerana berat mata membaca berat lagi yg tukang tulisnya menulis.
Saudara dah memberi didikan yang sebaiknya.. makan pakai dan kasih sayang.
Kalau nak kata dia betul betul ada masalah akal.. dia dapat membezakan yang najis dan bersih.
Maka itu adalah asas kepada akal waras.
Dah masuk jel.. dah kena tahan beberapa kali. Kalau dia rasa itu masih tak mencukupi.. kenapa saja tidak dia balik ke ibu kandungnya.
Belum tentu tahu keluarga ibu kandungnya larat dgn kelakuan anaknya.
Tak pe la kunci pintu. Tapi jangan di kunci hati... sentiasalah berdoa dilindungi dan diberi hidayah..
Mungkin sudah tertulis sejak di azali hidupnya demikian dan mungkin ubatnya Allah yang menentukan.
Sekarang ni saudara dah habis tanggungjawab kerana dia sudah dewasa... cuma doakan dia tidak berkahwin dan beranak pinak... kerana kasihan nanti anak orang dan anak dia hidup terdesak dan tersiksa..
Berdoa supaya Allah swt membantu...keadaan dan beri saudara kekuatan.
Be positive in all and keep.working and look after anak anak isteri yang lain.
Bersyukur kepada yg baik dan yg tidak baik
Wasalam
G
dah lama tak jenguk kat sini, harap bro IM terus menulis yer, dengar lagu sambil baca, hati jadi sayu...tak tahu nak cakap apa...
Speechless...tak tahu nak cakap apa...hanya doa saja yang dapat saya kirimkan agar dipermudahkan segala perjalanan..
Baguih la IM dah tukaq kunci, tapi ken peringat ibu_suri suruh hati2 bila dia tinggai sorang di rumah.
Budak2 macam Akhmal ni pertimbangan depa x berapa nak ok bila dah terdesak..
Kesian memang kesian.. tapi kalau dah terjebak memang susah nak baik kecuali kehendak sendiri.
Catat Ulasan