Isnin, 24 April 2017

Turun 3 Kilogram

Sempena cuti 3 hari Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad ke V sebagai Yang Di Petyuan Agong ke XV ini.  Along ada balik. Susut sikit badannya.

Mulanya aku tak perasan sehinggalah dia bagi tahu sendiri.

"Alang skip makan nasi malam. Selalunya makan sebelum pukul 8. Lewat malam kalau lapar, makan yang ringan ringan."

Kata Along berat badannya dah turun 3 kilogram.

"Itulah... Kalau diri sendiri mahu, tak pikir makan ubat itu atau ini semata nak kuruskan badan" ujarku mengenen ibu_suri...

Tadi Along dah balik semula ke Kepong. Sekarang ini dia suka balik naik bas 2 tingkat. Lupa pulak syarikat bas yang dia naik tadi.

Hari ini Penang Sentral tak sibuk seperti selalu bila hujung cuti panjang.

"Bila nak balik lagi jenguk ibu?" omel ibu_suri bila setiap kali anak anaknya kembali semula ke habitat mereka dan meninggalkan kami berdua.

Aku tersengih sahaja...

4 ulasan:

Unknown berkata...

Anak2 ada kehidupan sendiri IM,seperti saya juga ibu- suri tentu inginkan anak2 sering menjengok ibu.

Unknown berkata...

Semoga along dapat menjadi seorang anak yang bertanggungjawab dan patuh akan kedua ibu bapanya.

Warisan Petani berkata...

Pokok pangkalnya kemahuan diri sendiri.
Tapi pat nak kontrol tekak tu memang sukar.

Umialya berkata...

Mungkin suatu hari ni, kami suami isteri begini juga, seorang demi seorang anak keluar dari rumah..

Mungkin juga akan keseorangan meniti hari2 tua