Khamis, 29 Jun 2017

Senasib


Dah habis pun Raya. Cepatnya. Puasa 6 belum terasa nak mulakan. Sayang bila kenangkan hari-hari yang boleh singgah kedai minum di tepi masjid Kubang Semang atau cafe corner tempat kerja dengan blogger Jendela Hatiku...

Sambil minum kopi pak belalang tadi, sempat kami berdua bercerita tentang anak bongsu kami berdua. Kami ni boleh dikatakan senasib...

Dan ramai kawan mengatakan kami ini seperti kembar. Tinggal berdekatan. Tempat kerja yang sama. Sesama minat bernasyid, bersilat, outdoor venture dan aktif dengan aktiviti kemasyarakatan...

Mengorat istri pun di tempat yang sama. Nama istri hampir serupa. Dapat anak pun hampir sebaya. 

Sekarang ini, lepas ambil vss, dapat kerja baru pun di bangunan yang sama. Bezanya, dia tokeh, aku kuli jer... Bezanya, dia dapat pingat PJM dari Gabenor, aku tengok gambar dia jer.

Tak mengapalah tu. Aktiviti sekadar mengisi masa tua. Ntah siapa pergi dulu menghadap Tuhan agaknya.

Dia baru sahaja mendapat cucu, beberapa hari sebelum Raya. Nasib kurang baik, cucunya demam tak kebah. Dah hampir seminggu berulang alik ke Hospital Seberang Jaya.

Berkongsi kisah anak bongsu kami yang 'nakal' itu tadi sambil hirup kopi. 

'Baru aku tahu apa maksud kata-kata kamu dulu... semak perut.' ujarnya...

'Sabar ajelah Li. Nak buat macam mana...'

'Mungkin ada dosa kita pada mak abah dulu yang Tuhan kifaratkan kepada kita hari ini, agaknya...' keluhnya.

Aku teringat semasa balik kampung baru-baru ni. Aku peluk mak sambil minta ampun pada apa sahaja silapku yang telah lepas.

'Eh, mak dah ampunkan awal-awal semua dosa anak-anak mak...' jelas makku yang hanya boleh mengesot akibat ahmar yang melumpuhkan bahagian kiri badan.

'Mana tahu mak. Kot macam kisah nabi nak bakar seorang anak yang sukar menghembuskan nafas aterakhir sebab maknya masih menyimpan rasa terkilan terhadap kesalahan anaknya itu walaupun di mulut maknya mengatakan dia sudah memaafkan anaknya...'

Ntahlah... Kita hanya boleh berdoa dan berharap keampunan Allah. Selebihnya... kita usaha dan sabar sahaja!

4 ulasan:

Umialya berkata...

Selamat hari raya IM..

Asuh dan besarkan anak zaman skrg ni betul2 mencabar, tersilap langkah jer. abis..

Cuma yg mampu kini, doa, ya doalah tnpa jemu, mg anak2 ini kembali ke pangkal jln.. Aamiin..

mamapp berkata...

Wah mmg kembar ye semuanya hampir serupa. Tetiba teringat Pula pd arwah mak mama yg pernah kena stroke juga dulu. Semoga mak awak cpt sihat

Warisan Petani berkata...

Mudah2an anak2 kita akan menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.

insan marhaen berkata...

umi alya,
membesarkan anak anak di zaman ini memang mencabar. saya juga risau dengan masa depan cucu saya...

mamapp,
mak saya memang seorang yang kuat semangat dan sebolehnya tidak mahu menyusahkan anak anak dalam menjaganya. maklah idola saya sekarang ini dalam merangkul pelbagai dugaan hidup...

Warisan Petani,
itulah juga harapan saya. ingatkan bila anak dah besar dan bekerja kita dah boleh cuci tangan. rupanya, ada sebelah lagi kaki saya masih di dalam lingkar kehidupan mereka...