Selasa, 21 November 2017

Sarapan

Pagi ini ibu_suri minta gorengkan mi. Nyeghongin aje dia bila ianya dah terhidang di depan mata.

Ini mi goreng segera telor goyang, ujarku ikut nyeghongin juga tapi yang dibuat-buat.

Namun sayangnya, bagai selalu. Dia jamah sedikit sahaja.

Tak sedap, katanya.

Sabar sahajalah, kan.

Maka aku jugalah yang menghabiskannya walaupun dah suntuk masa nak ke tempat kerja.


5 ulasan:

Umialya berkata...

Alhamdulillah suka nak tahu kisah IM & family

Sabarnya IM melayan karenah ibu suri, terbaik..

insan marhaen berkata...

yalah... saya pun ingat nak aktif menulis semula. lama menyepi. rasa kerugian sebab banyak kisah hidup tak dibiografikan...

Nor Azimah Ali berkata...

Setuju, Saya tggu

insan marhaen berkata...

insyAllah, pelan pelan saya akan menulis semula...

insan marhaen berkata...

Terima kasih. Sedar tak sedar, dah 10 tahun saya menjaganya...