Pagi pagi lagi angah dah datang ke rumah. Baru lepas hantar anak-anaknya ke tadika lah tu!
"Ayah tak pi kerja lagi ke?"
"Nak pi la ni. Sebelum mandi banyak kerja kena buat..." jawabku sambil berlalu ke dapur dengan tuala lembab di tangan selepas selesai mencuci kusyen kereta.
Dari kejauhan aku terdengar suara ibu_suri...
"Semalam ibu b*r*k kat dalam kereta. Ayah la... ibu hon kereta dua tiga kali, ayah tak dengaq. Eeee... ibu geram betul!"
Aku ada usrah gabungan di Sekolah Tahfiz Al Islah (STAIL), Tok Bedu malam tadi. Memang selalu maklumkan kat ibu_suri, janganlah ikut. Nanti kalau ada apa-apa berlaku semasa ibu_suri menunggu di kereta, aku tak tahu. Masaalah nanti jadinya.
Tapi kalau dia dah beriya-iya nak ikut, aku bawa saja. Daripada aku lansung tak dapat hadirkan diri ke program jamaah, tak mengapalah aku susah sikit dengan membawanya bersama dan melayan ragamnya jika ada.
Jadi, malam tadi mendapat la. Tercatat satu lagi sejarah baru selepas sejarah terk*nc*ng dalam kereta beberapa kali sebelum ini.
Nasib baik ibu_suri cerdik juga, dia membuang di dalam plastik yang sebelum ini ada di belakang kereta, bekas sisa makanan yang dibeli sebelum datang ke STAIL. Jadinya, otw balik, aku terpaksa mencari port terbaik untuk buangkan pelastik berisi n*j*s... Mana lagi kalau tak ke sungai walaupun aku tahu ianya satu perbuatan yang tidak baik.
Tahan nafas jugalah sehingga nak sampai ke rumah.
Angah yang faham sangat dengan 'keuzuran' ibunya hanya berkata....
'Tak apalah... ayah ada!'
"Sorilah.... ibu bukan sengaja!...."
4 ulasan:
Sabar ya IM.. .ibu suri tak sengaja tu
insyaAllah...
bulan 7 nanti genap 10 tahun saya menjaganya dalam keadaan seperti ini. dulu dia selalu tanya saya apa bukti saya sayang dia. saya beritahu dia, saya tak reti nak tunjuk dengan kata kata atau material.
ini adalah buktinya.
muga saya boleh menjaganya hingga akhir hayat sepertimana abil fikri (blogger Warkah Buat isteri ) menjaga kekasihnya hingga akhir hayat!
Alhamdulillah, bangga punyai pasangan seperti ini.
Mudah2an suami sayapun begini juga andainya suatu hari nanti ditakdirkan saya tak berdaya.. aamiin..
Saya pun selalu tertanya dalam hati kalaulah aku sakit teruk mampukah suami dan anak-anak menjaga aku dengan baik sebab orang yang sakit ni selalu nak kena beri perhatian yang lebih.
Catat Ulasan