Tahap gula dalam darah aku memang tinggi. Tiga kali aku berjumpa doktor, ketiga-tiga kali itulah doktor ber'sungut' tentang bacaan itu.
Usaha aku untuk mengurangkan meminum 3in1 hanya berjaya 70% sahaja. Lagi 30% masih susah nak dibuang.
Kaki dan tangan aku memang akan terasa mencucuk-cucuk bila bila dia suka. Tidur malam aku akan memakai stokin untuk lebih selesa. Selain tak perlu berselimut untuk halang nyamuk dan kesan sejuk pendingin hawa.
Aku mempunyai sikap tidak 'percaya' kepada momokan serba mak nenek jus atau pil kesihatan yang kononnya boleh menstabilkan gula dalam darah. Iya... mungkin ianya mujarab tapi tak semestinya kepada semua orang. Lagipun, harga beliannya tinggi.
Biras aku antaranya yang selalu menyuruh aku memakan Cellmax. Tapi satu kotak Cellmax harganya ratus ringgit. Untuk jangka panjang aku tak mampu. Lagipun aku bimbang akan kesan sampingan. Buah pinggang aku dah tua untuk menapis. Pulak tu, dah 2 kali kena serang dengan batu karang. Aku agak, kekuatannya dah mengurang.
Aku lebih percaya kepada cara mengawal pemakan atau perubatan secara semulajadi. Pernah amalkan meminum minyak zaiton dua sudu sehari. Habis dah 3 botol. Tak tahu kenapa tak teruskan. Mungkin malas nak pergi merayap di pasaraya.
Aku terbaca akan khasiat bendi dalam mengawal paras gula. Ha... yang ini aku rasa bagus juga untuk mencuba. Kosnya pun murah. Nak beli pun mudah, kat rumah saja....
2) Basuh. Potong kecil-kecil ke dalam gelas.
3) Bubuh air dan rendam semalaman.
4) Tuang air rendaman ( yang berlendir ) ke dalam cawan dan minum.
5) Bubuh air yang baharu ke dalam gelas berisi bendi tadi untuk minuman kali kedua esoknya.
6) Ulang dengan rendaman bendi yang baharu.
Aku dah mula pagi tadi. Geli geleman juga nak minum air yang likat dengan lendir bendi. Tapi bila fikir yang pahit pun boleh telan takkanlah yang likat dan berlendir ini rasa cuak.
Minggu depan aku ada temujanji dengan doktor. Aku nak lihat keberkesanan petua ini. Kalau positif, aku akan berkongsi dengan sahabat baikku blogger Jendela Hatiku yang juga mengalami masaalah yang sama....
5 ulasan:
Bolehlah cuba amalkan.
Tulah terfikir juga tentunya berlendir waktu nk minum nya.Saya rasa tak mampu nk cuba.
Saya dah cuba minum lendir bendi kerana ikut petua tp untuk sakit lain. Mula2 nak telan tu terkeluar balik. Gulp gulp juga jadinya...
Huhu, tak sanggup.
Alhamdulillah buat masa ni blm ada kencing manis. Saya banyak minum air kosong je
Blend peria boleh?
Catat Ulasan