Rabu, 15 Ogos 2018

Uwais Rizqi...

Ini cucu aku yang ketiga. Uwais Rizqi namanya.

Sekarang ini dah lima bulan umurnya. Boleh tahan juga tangisnya macam kakak dia sebelum ini.

Entah kenapa, berbanding 2 yang lain, aku lebih suka yang ini. Mungkin sebab dia lelaki macam aku. Atau mungkin juga sebab sebelum ini aku hanya punya anak lelaki dan kebiasaan itu kekal hingga sekarang.

Apapun, aku sayang kepada semua cucu aku dan berharap mereka semua akan menjadi anak yang menenangkan jiwa ibubapa mereka kelak.

Yang pasti terlebih suka dan kalau boleh tiap tiap malam mahu tengok Uwais ialah opahnya yakni ibu_suri...



2 ulasan:

Normala Saad berkata...

Tahniah dapat cucu baru.

insan marhaen berkata...

Haha... dulu 'letih' layan anak. Sekarang 'letih' layan cucu la pulak. Tak berhenti bercakap....