Khamis, 29 November 2018

Kehilangan

Bangun  pagi  ini jauh  di jiwaku terasa  amat sepi.   Terasa seperti  tidak  dihargai. Terasa  seperti aku sahaja yang perlu ambil peduli  hal istri dan  anak-anak  akan tetapi mereka tidak terhadap aku.

Bila mereka perlukan sesuatu, mereka menoleh kepada aku akan tetapi bila aku memerlukan sesuatu, mereka seperti tidak mengendahkan walaupun aku memberikan isyarat perlu itu.

Kekadang aku bertanya kepada Tuhan, selama mana aku perlu lalui semua ini. Kenapa aku tidak mendapat suasana hidup santai dan lapang seperti sahabat-sahabatku yang lain. Ada istri yang ambil berat tentang makan pakainya, ada anak-anak yang akan bertanya khabar ayahnya dan dapat membaca isihati ayahnya yang memerlukan.

Pagi ini aku lebih terasa bila ibu_suri membasah di tepi katil kerana tidak sempat ke bilik air. Lewat sangat ke tempat kerja.

Bila selesai semuanya dan berkira-kira nak bergerak ke ofis, Anak3 pula minta duit sedangkan malam tadi aku dah beri.

" Senang-senang saja kamu minta duit dari ayah sedangkan ayah sedang susah hati memikirkan poket mana nak diseluk untuk sara makan menjelang gaji yang entah bila boleh dapat ini. "

Memang betul komen Warisan Petani dalam entri aku 2 hari lepas;

' aku sebenarnya sedang stress... '

errr.... bukan.

'aku sebenarnya terasa kehilangan. Dan berasa hendak pergi jauh-jauh membawa diri...'

Entahlah... nak salah siapa pun, aku tak tahu; atau tak perlu salahkan sesiapa?

Lagu dari penyanyi kegemaranku ini agaknya boleh menyatakan sebahagian dari rasa hatiku ketika ini. Maaflah!



8 ulasan:

Wan Syahida berkata...

Tenang dan terus bersabar..

Umialya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Umialya berkata...

Moga IM diberi kesabaran yang tinggi, aamiin..

Mrs. A berkata...

Singgah dari blog PakNgah.
Pertama kali baca kisah lelaki mengeluh.
Tetiba terfikir kat husband dia macam mana agaknya.
Semoga dikurniakan kesabaran yang tinggi.
In SyaAllah sabar itu akan indah akhirnya.

Normala Saad berkata...

Sedih juga baca keluhan IM ya.Cuma mampu mohon agar terus bersabar. Moga satu hari ada sinar kebahgiaan.

Etuza berkata...

Asalam IM..sedih saya pagi2 lepas solat baca entri IM.
Usah ambil hati ya..relakan apa yang anak-anak minta. Tak apa kita harap reda Allah .berbaik sangka pada anak dan isteri ya..
nak nangis lah baca. Pasal Etuza juga adalah lelkaki posisi kita sama..dan minti usia juga ni..mohon ..sentiasa gembira ya. ..

Kamsiah yusoff berkata...

dengan meluah rasa di blog ni saya harap dapat mengurangkan sedikit stress yg dialami IM..

Hani Rahman berkata...

Semoga terus bersabar. Allah duga tanda DIA sayang. Ingat tu. Terima kasih coz sudi singgah blog saya.