Khamis, 14 Februari 2019

Catatan Senja...

Lama tidak menulis. Sekarang ini ada sedikit kelapangan namun tiada idea pula hendak menulis tentang apa. Ikut rentak hati sahaja...

Secara terus terang sekarang ini kehidupan aku agak tidak terurus. Orang luar mungkin lihat aku tidaklah seperti itu kerana aku bersahaja dengan mereka akan tetapi aku sendiri tentu tidak dapat menipu diri sendiri.

Aku masih dengan rasa kesal atau kecewa dengan apa yang mengongkong kebebasan dan ketenangan diri ini. Mengurus kebajikan ibu_suri bertahun-tahun bukan tanggungjawap yang ringan. Memikul beban menjaga Akhmal juga seperti menggalas sesuatu yang sepatutnya bukan beban aku ( maaf, begitulah hatiku selalu merasakan ).

Mungkin kerana itulah agaknya Tuhan menjodohkan aku dengan ibu_suri walaupun sebelum datangnya aku ke dalam hidup ibu_suri, keluarga mereka sudah ada seorang anak angkat (dari Sabah) yang aku dapat tahu diam-diam ada hati dengan ibu_suri. Aku tidak pernah malah tidak mahu ambil tahu secara mendalam isu itu. Pernah kakak atau adik mereka cuba bercerita tapi tidak mahu korek. Aku biarkan cerita itu berlalu. Bagi aku semasa itu, kalau ibu_suri mahukan aku, aku carry-on. Jika ibu_suri mahu berpisah, aku terima kenyataan itu. Sudah tentulah perhubungan kami mesti tiada tentangan jelas dari ibubapa ibu_suri. Kalau menentang dalam diam-diam itu manalah aku tahu.

Akhmal pula asalnya bukanlah aku yang mahu ambil sebagai anak angkat. Asalnya adalah kemahuan adik ibu_suri mahu ambil Akhmal. Semasa  ibu_suri bercadang hendak mengikut abah dan adiknya mengambil Akhmal yang baru 2 hari dilahirkan di hospital Setiawan, aku memberitahunya aku tidak setuju sama sekali. Alasanku mudah sahaja, susah menjaga anak angkat iniu. Bukan susah menjaga makan pakai tetapi susahnya kelak bila dia sudah besar dan bertanya kenapa dia dijadikan anak angkat. cerita-cerita yang aku tonton dikaca tv banyak mempengaruhi aku.

Tapi inilah yang aku istilahkan sebagai jika istri 'bantah' cakap suami. Kesannya.... akulah yang tanggung. Kalau Akhmal itu menjadi anak yang baik dan terkenal akan ramailah yang mengaku sebagai saudara atau mak, makcik. Tapi ditakdirkan Akhmal ini seorang yang keluar masuk penjara, tiada siapa yang mahu ambil berat termasuklah yang asal dulunya mhau mengambil dia sebagai anak angkat.

Aku tak dapat tepis semua kekesalan ini menyelinap dan singgah ke benakku bila masa-masa aku dalam keresahan dan kecewa.

Rumah aku tungganglanggang. Aku sudah tidak ada hati nak mengemasnya lagi. Malah baju seluar aku berlounggok tidak disteterika. Pergi kerja aku lebih mudah memakai t-shirt. Maka nampaklah perut aku yang boroi. Selalunya ibu_suri akan membebel bila melihat aku memakai t-shirt.

Hujung minggu aku lebih suka duduk di rumah. Malas nak keluar. Adakalanya aku habiskan dengan tidur.

Memang tidak cantik warna warna hari tua ku ini. Agaknya Tuhan ingin memberitahu sesuatu!

5 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Semoga ada sinar di hujung perjalanan

mokja berkata...

kadang kadang bila disorot balik jalan jalan n liku liku hidup yg dipilih,terasa mcm banyak salahnya keputusan yg di buat. Semoga penyudah yg baik baik saja yg dipohon . Bila penamat hidup sampai,biar hanya kenangan baik yg kita tinggal. You can do it IM.

Kakcik Seroja berkata...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Yaya Azura berkata...

Beratnya dugaan IM..semoga Allah permudahkan urusam IM sekeluarga.

Etuza berkata...

Terasa sedih membacanya..apapun banyakkan bersabar..kembali mengingatiNya dan usah kesal pada apa yg dah berlaku tetapi berjuang memperbaiki mana2 yang terdaya ya