Memang tak sangka bila jururawat memberitahu bacaan gula dalam darah aku ialah 6.4 semasa temujanji dengan doktor di klinik Kubang Semang 5 Mac lalu. Tak sangka, baru 2 minggu aku tidak minum air kecuali air kosong sudah boleh menurunkan tahap gula dalam darah aku hampir setengah dari 12.7. Wah, bayangkan kalau aku teruskan tindakan aku ini selamanya...
Doktor berbangsa India itu pun puji aku.
"Next, you fokus pada bp pula. Apa plan awak nak turunkan bp awak?"
Eh, aku ingatkan bp aku ok jer - 145/92. Cuma yang bawah tu. Kalau tak salah itu tekanan darah semasa keluar dari jantung atau dalam ertikata lain keadaan jantung ketika berada dalam keadaan rehat.
"Awak perlu jaga tidur awak." ujarnya.
"Istri awak bagaimana?" Wah, doktor ini masih ingat tentang istri aku.
"Macam tu la juga doktor. Ya...ya... saya selalu terpaksa berjaga hampir sejam sekali untuk bawa istri saya ke tandas, buang air."
"Kenapa tak beri dia pakai lampin?"
"Dia pakai lampin cuma ketika saya tiada di rumah ( pergi kerja ) atau ketika kami berjalan jauh."
Doktor menganggukkan kepala.
"Awak kena perlu 'manja'kan diri awak. Ambil masa untuk rehatkan diri, senaman, jaga makan, cukup tidur dan rehatkan minda."
Aku senyum saja. Betul juga. Kalau bab tidur, aku tak dapat nak jaga kerana melibatkan orang lain. Nak berikan ibu selalu pakai lampin, selain kos beli lampin, ibu_suri juga akan mengalami gatal-gatal di punggung kerana kesan lembab.
Aku dapat belajar satu perkara lewat kejayaan aku mengawal paras gula. Tapi kalian nak tahu, punyalah aku gian nak minum AliTea kegemaran aku setiap kali hujung minggu atau bila rasa tidak mahu makan yang berat-berat, macam P Ramli terbayang muka Sarimah dalam cerita Madu Tiga.
Aku harap aku akan dapat konsisten dalam hal ini. Next plan aku ialah nak turunkan berat badan dari 80kg kepada 70kg, turunkan sedikit lagi tahap gula dari 6.4 kepada 5+. Tekanan darah....? Aku tak tahu nak buat macam mana.
Selain dari itu aku perlu perbaiki solatku.
4 ulasan:
Alhamdulillah
Kadar gula dalam darah dah turun normal.
6.4 pun normal tu,, minum byk air kosong memang bagus ..
ingat pesan doktor tu IM..kena manjakan diri sendiri juga..hihi
Sebab tulah org cakap air kosong ni mmg baguskan.... Dah terbukti pun kan, gula pun rendah. Teruskan usaha lagi IM. Moga berjaya...
Bila ada perubahan rasa seronok nak berpantang kan hihi
Catat Ulasan