Selasa, 26 Mac 2019

Dari Dalam Jiwa...

Ada ruang tapi tak ada ilham. Apa yang nak aku tulis petang ni? 

Jiwa rasa kosong. Hidup rasa seperti tidak sebagaimana yang aku impikan selama ini. Dalam ertikata lain, aku gagal memenuhi cita-citaku yang mengharapkan  hari tua ku kelak... tenang dan damai.

Tapi di satu sudut lain, aku pula terfikir bahawa tak sepatutnya aku mengeluh begitu. Nasib aku boleh dikira baik juga jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih berat beban yang ditanggung.

Aku pun tak tahu kenapa di hujung hayatku terpaksa berhadapan dengan anak yang memberi masaalah. Istri aku boleh terima atas faktor usia dan kesihatan.

Tahun depan umur aku akan melangkau garis warga emas. Tua dah aku ni. Tenaga pun dah renta.

Apa yang akan berlaku bila perlahan-lahan umur aku meningkat setahun ke setahun? Lemah dan semakin lemah? Siapakah yang akan menjaga istriku dan Akhmal ( yang masih seperti budak belasan tahun perangainya walaupun umur mencecah 25 )?

Apa akan terjadi jika sekiranya aku tidak boleh lagi bekerja? Siapakah yang akan sara hidup aku sekeluarga nanti? Sedangkan sekarang gaji sebulan RM1k pun tidak cukup apatah lagi kalau tidak lagi bekerja?

Aku tak sempat nak memikirkan hal ini sedalam-dalamnya dan merancang sesuatu kerana setiap inci masaku akan habis mengguliti ibu_suri yang seolah-olahnya seperti gam yang aku tidak akan dapat lekang daripadanya untuk besendirian dan mententeramkan fikiran.

Setiap masa aku terpaksa duduk di sisinya ataupun paling tidak mengemas rumah yang tak habis-habis dan tak kemas-kemas.

Ntahlah.... sedikit luahan dari dalam jiwa yang berbuku selama ini dan entah sampai bila. Aduh!


4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'...

Normala Saad berkata...

Faham IM. Teruskan bersabar sebaik mungkin.

saniahibrahim berkata...

usahlah dibayangkan masa depan yg sulit...insyAllah ada lh jalannya nanti.Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kuazue Mohamad berkata...

semoga segala urusan dipermudahkan Ilahi hendaknya