Jumaat, 10 Mei 2019

Ramadhanku

Lama tak menulis. Bukan kering idea tapi gersang semangat menulis. Suasana diri dan rumah menumpulkan semuanya.

Apapun aku nak ucapkan selamat berpuasa buat semua peronda blog yang sudi singgah dan membaca blog bilisku ini. Muga Ramadhan kalian kali ini lebih baik dari Ramadhan lalu.


Tak sangka, dah lebih sepuluh tahun umur blogku seumur dengan lamanya aku menjaga ibu_suri semenjak dihinggap angin ahmar ringan (mild stroke) dan kemudiannya mengidap bipolar dis-order pada hampir Ramadhan 2007 hingga kini. Aku masih tetap setia dan sabar menjaganya. Semuga ini semua akan cuba aku kekalkan (insyaAllah) hingga ke akhir hayat.

Walaupun aku rindu pada kehidupan yang bahagia seperti sahabat-sahabatku yang lain, berpeluang berbuka dengan masakan istri dan bertarawikh ke masjid bersama namun aku pasrah dengan apa yang telah tersurat di Loh Mahfuzku.

Walaupun Ramadhan dan Aidil Fitriku tidak segembira yang aku harap malah semak dan sepi, aku hadapi jua seadanya. Biarlah aku sahaja yang tahu dan menelan semuanya.

Mungkin aku banyak berdosa kepada mak dan abah, berbuat silap pada diriku dan terhadap Yang Maha Esa. 

Muga Allah turunkan hidayah kepadaku sepertimana doaku saban solat...



5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Salam Ramadan IM...

Umialya berkata...

Salam Ramadhan IM

Nor Azimah Ali berkata...

Salam ramadhan IM

Warisan Petani berkata...

Selamat berpuasa.

mamapp berkata...

Besar pengorbanan awk..Mama doakan ibu Suri agar sihat kembali Dan semoga Allah merahmati keluarga awak ye